Pakar ekonomi Bank Dunia iktiraf usaha Malaysia bawa rakyat keluar dari kemiskinan

August 29, 2025 · Isu semasa

Seorang pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, menyenaraikan tiga kejayaan besar ekonomi Malaysia yang patut dibanggakan rakyat negara ini walaupun kurang mendapat perhatian.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia itu berkata, kejayaan pertama ialah pengurangan ketara kadar kemiskinan sejak merdeka apabila hampir separuh penduduk dianggap miskin sepuluh tahun selepas merdeka, tetapi kini hanya kira-kira enam peratus rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan.

“Ini bermakna lebih 14 juta rakyat Malaysia telah berjaya keluar dari kemiskinan.

“Pencapaian ini sangat luar biasa dan berjaya dicapai tanpa wujudnya kawasan setinggan kekal seperti di negara lain,” katanya melalui hantaran di platform X.

Kejayaan kedua yang dinyatakan ialah kemampuan Malaysia mempelbagaikan ekonominya.

Menurut Apurva, tahap kerumitan ekonomi Malaysia mengatasi semua negara lain yang bergantung kepada komoditi pada tahap pendapatan yang sama ketika merdeka.

“Pada awal 1960-an, 95 peratus eksport Malaysia terdiri daripada komoditi asas. Kini, angka itu menurun kepada hanya 30 peratus,” jelas beliau.

Beliau juga membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia yang kini 3.6 kali ganda lebih tinggi daripada Filipina dan sembilan kali ganda lebih tinggi daripada Zambia, walaupun ketiga-tiga negara bermula pada tahap pembangunan yang hampir sama.

Kejayaan ketiga yang diketengahkan ialah peranan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi halal global.

Apurva menegaskan bahawa pensijilan dan piawaian halal Malaysia kini menjadi penanda aras global dan rujukan bagi negara-negara lain.

“Ketiga-tiga kejayaan ini adalah pencapaian besar yang sepatutnya dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Lonjakan AI bantu pertumbuhan ekonomi Malaysia: Bank Dunia
October 6, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia terus kukuh, S&P kekal penarafan A-
September 30, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.7 peratus tahun ini: Firma
September 24, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.3 peratus hingga 2035
September 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok