Kes remaja hamil luar nikah.
Sebanyak 16,951 remaja bawah 19 tahun yang belum berkahwin dilaporkan hamil di fasiliti kesihatan kerawan dari 2020 hingga 2024.
Angka itu merupakan sebahagian daripada 41,842 kes kehamilan remaja secara keseluruhan dalam tempoh yang sama, yang merangkumi mereka yang sudah berkeluarga.
“Usaha membendung isu ini telah dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif yang menyeluruh,” Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga berkata kementeriannya yang memberi tumpuan kepada aspek pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, kaunseling, dan sokongan komuniti.
Menurutnya, Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) dibangunkan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan reproduktif.
“Ia bermatlamat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdaya tahan,” jelas Nancy lagi.
Daripada jumlah keseluruhan kehamilan remaja, kira-kira separuhnya melibatkan remaja Melayu, diikuti oleh Iban (11 peratus), Orang Asli Semenanjung (sembilan peratus), Cina (lima peratus), India (tiga peratus) dan etnik lain.
Mengulas cadangan agar remaja bawah umur yang terlibat dalam hubungan seks secara suka sama suka turut dikenakan tindakan undang-undang, Nancy menyatakan pendirian peribadi yang jelas.
“Secara peribadi, saya berpendirian kanak-kanak bawah umur yang terbabit dalam hubungan seksual secara suka sama suka, perlu dilindungi, dibimbing serta dipulihkan dan bukannya dihukum semata-mata,” ujarnya.
Beliau menegaskan tahap kematangan mereka perlu diambil kira.
“Seorang kanak-kanak kebiasaannya tidak dapat menilai kesan daripada kelakuan atau tindakan mereka, terutama implikasi jangka panjang,” katanya.
Nancy menambah KPWKM memberi tumpuan kepada kaunseling pendidikan dan sokongan yang tersusun bagi menjamin pembangunan serta kesejahteraan masa depan mereka, ia bagi memastikan remaja tersebut mendapat peluang untuk memulihkan diri dan membina masa depan tanpa beban stigma.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri