Kerajaan pertimbang sekatan ke atas permainan Roblox, UMI: Nancy

November 1, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia sedang meneliti langkah untuk mengharamkan atau menyekat platform permainan dalam talian popular, Roblox dan UMI, ekoran kebimbangan serius terhadap keselamatan pengguna muda dan kandungan yang boleh mempengaruhi minda mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, mengesahkan perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan dan keputusan muktamad akan turut mengambil kira tindakan yang bakal dilaksanakan oleh Australia, yang merancang untuk memperkenalkan peraturan baharu terhadap Roblox pada Disember ini.

“Kita masih menunggu dan melihat bagaimana Australia melaksanakan peraturan itu. Mereka sedang merancang, tetapi belum dilaksanakan.

“Malaysia akan menilai sama ada pendekatan itu sesuai dengan keadaan dan budaya tempatan,” jelas Nancy dipetik laporan media hari ini.

Beliau mengulas berikutan kejadian seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Batu Pahat cedera parah dikejar abangnya berusia sembilan tahun.

Menurut laporan polis, siasatan awal mendapati insiden itu mungkin berpunca daripada gangguan semasa kanak-kanak tersebut sedang bermain Roblox, menyebabkan mata permainannya hilang.

Sementara itu, kerajaan Australia dilaporkan sedang mengkaji sekatan penggunaan Roblox bagi pengguna bawah 16 tahun atas kebimbangan ia memberi pengaruh negatif dan dikaitkan dengan beberapa insiden membimbangkan.

Nancy menekankan kerajaan akan memantau pelaksanaan dasar di Australia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan rasmi.

“Memang benar, perkembangan teknologi seperti ini ada pengaruhnya terhadap kes-kes yang berlaku. Sebab itu kita perlu berhati-hati dan belajar daripada negara lain sebelum membuat keputusan,” katanya.

Langkah ini diambil sebagai usaha proaktif bagi melindungi kesejahteraan mental dan fizikal kanak-kanak di Malaysia.

Berita berkaitan
Jualan Ihsan Rahmah 9.9 dibuat secara dalam talian: PMX
August 20, 2026· Isu semasa
Tawaran kerja online bawa padah, suri rumah rugi RM38,505 kena scam
August 20, 2026· Isu semasa
UMNO-BN tak berganjak, terus sokong kerajaan hingga akhir penggal: Khaled
August 17, 2026· Politik
Pendapatan KWSP Melonjak 48 Peratus, cecah RM57.5 bilion
August 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
2 jam lalu · Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
2 jam lalu · Isu semasa
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
21 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok