Kes buang bayi: Selangor rekod jumlah paling tinggi

July 6, 2026 · Isu semasa

Selangor mencatat jumlah kes pembuangan bayi tertinggi di negara ini bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, apabila 10 daripada keseluruhan 18 kes direkodkan di negeri berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, dua kes masing-masing direkodkan di Sabah dan Pulau Pinang, manakala Johor, Negeri Sembilan, Perak serta Sarawak mencatatkan satu kes setiap satu.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 72 kes pembuangan bayi sepanjang tahun lalu, menunjukkan isu berkenaan masih memerlukan perhatian serius daripada semua pihak termasuk keluarga, komuniti dan agensi kerajaan.

“Bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, sebanyak 18 kes pembuangan bayi telah direkodkan. Daripada jumlah itu, 10 kes direkodkan di Selangor,” katanya ketika menjawab soalan Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, semua bayi yang dikendalikan JKM dalam kes berkenaan dilaporkan selamat dan diberikan perlindungan segera mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

“Bayi yang ditinggalkan atau dibuang boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Isu pembuangan bayi terus menjadi kebimbangan masyarakat kerana ia sering dikaitkan dengan kehamilan tidak dirancang, tekanan sosial, masalah keluarga, kekurangan sokongan emosi serta ketakutan individu untuk mendapatkan bantuan.

Hui Ying berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi JKM serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan langkah pencegahan, perlindungan dan intervensi bagi menangani masalah itu.

Antara usaha yang dijalankan termasuk program advokasi dan pendidikan masyarakat mengenai tanggungjawab keibubapaan, pengukuhan institusi keluarga, perlindungan kanak-kanak serta kesedaran terhadap kesan sosial dan undang-undang akibat pembuangan bayi.

“KPWKM melaksanakan program advokasi dan pendidikan masyarakat berkaitan tanggungjawab keibubapaan, institusi keluarga, perlindungan kanak-kanak serta implikasi perundangan dan sosial akibat pembuangan bayi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hui Ying berkata kerajaan belum mempunyai data khusus mengenai jumlah klinik swasta yang dipercayai menjalankan perkhidmatan pengguguran secara haram di seluruh negara.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan sekiranya menerima maklumat daripada orang awam atau mana-mana pihak berhubung aktiviti tersebut.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat diterima, KKM akan menjalankan siasatan sewajarnya dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
5 jam lalu· Politik
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
5 jam lalu· Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
12 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
12 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
August 26, 2026 · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
11 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
August 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok