Parlimen: 2,354 kandungan ‘deepfake’ dan 46,966 kandungan palsu sejak 3 tahun

October 22, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya menurunkan sebanyak 2,354 kandungan ‘deepfake’ serta 46,966 kandungan palsu yang disebarkan di platform digital dalam tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2022.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, mendedahkan sehingga 15 Oktober lalu, sebanyak 3,074 permohonan penurunan kandungan deepfake telah dibuat, dengan 77 peratus daripadanya berjaya dikeluarkan.

Bagi kandungan palsu pula, kadar kejayaan adalah lebih tinggi iaitu 85 peratus, daripada 55,218 permohonan yang dikemukakan.

“Tindakan penurunan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh setiap platform, selaras dengan undang-undang tempatan,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menekankan kerjasama yang erat dengan platform media sosial dan agensi penguat kuasa terus dipergiat bagi menangani ancaman penyebaran maklumat palsu, termasuk kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI).

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, bagi memperkukuh pertahanan digital negara, kerajaan telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).

“Akta ini akan mengawal selia kandungan memudaratkan serta mewajibkan pemberi perkhidmatan untuk menyediakan pelan keselamatan dalam talian,” ujarnya.

Menurutnya, MCMC sedang giat membangunkan peraturan-peraturan di bawah akta baharu tersebut. Selain itu, suruhanjaya itu juga mengkaji pelaksanaan kaedah pengesahan umur dan identiti pengguna.

“Inisiatif ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna, terutamanya kanak-kanak, daripada terdedah kepada kandungan yang memudaratkan di ruang dalam talian,” tambahnya lagi.

Langkah-langkah proaktif ini diambil bagi menangani kebimbangan awam terhadap penyalahgunaan teknologi AI untuk mencipta dan menyebarkan berita palsu serta memanipulasi imej dan suara yang boleh mengugat ketenteraman awam.

Berita berkaitan
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
22 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
22 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perhalusi persiapan pelajar tahun 1 dan laluan IPTA pelajar
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
17 jam lalu · Isu semasa
10 ajaran sesat masih aktif, JAKIM tingkat pemantauan
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok