PAS elak namakan calon PM untuk elak risiko ancaman: Hadi

October 15, 2025 · Politik

Abdul Hadi Awang menjelaskan keputusan parti itu untuk tidak menamakan calon Perdana Menteri (PM) buat masa ini adalah bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan bahaya yang mungkin menimpa calon berkenaan.

Presiden PAS itu berkata sekiranya mereka mencalonkan seseorang individu sebagai PM sekarang, terdapat kebarangkalian individu tersebut akan menjadi sasaran sogokan, malah tidak menolak kemungkinan wujudnya pihak tertentu yang berniat jahat dengan merancang pelbagai muslihat.

“Tidak mustahil akan ada pihak yang meletakkan jongkong emas atau dadah dalam kenderaan calon yang dinamakan itu, sekali gus menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya semasa sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen, di sini.

Menurutnya, keutamaan utama PAS dan Perikatan Nasional (PN) buat masa ini adalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum sebelum membincangkan isu penamaan calon PM.

Beliau menegaskan, fokus parti adalah untuk memastikan kemenangan calon-calon yang berintegriti.

“Yang penting bagi kami adalah memilih calon yang berintegriti, bukan untuk menentukan siapa calon itu serta menentukan dia menang pada PRU.

“Ini PRU pun tak menang lagi tapi nak namakan calon PM, ini perkara yang perlu difahami semua pihak,” katanya.

Isu calon Perdana Menteri PN mencetuskan kontroversi baru-baru ini berikutan keputusan Bersatu yang meluluskan usul menamakan Presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai calon.

Keputusan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh beberapa pemimpin PAS.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menegaskanPN akan berusaha melakukan perubahan dalam kepimpinan negara sekiranya diberi mandat, termasuk dalam menangani isu rasuah yang didakwanya gagal ditangani kerajaan sedia ada.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
August 26, 2026· Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
August 26, 2026· Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
5 jam lalu · Politik
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
11 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
11 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
15 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok