Mahfuz Omar.
Krisis politik di Perlis wajar menjadi peringatan kepada seluruh negara apabila kegagalan PAS mengurus perbezaan pandangan dalam parti sendiri menimbulkan persoalan besar tentang keupayaannya mentadbir sebuah negara majmuk.
Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku di Perlis bukan lagi isu dalaman parti semata-mata, sebaliknya telah berkembang menjadi krisis keyakinan awam terhadap cara PAS menggunakan dan mengurus kuasa.
“Apabila sebuah parti gagal mengurus perbezaan dalam rumah sendiri, ia jelas tidak bersedia untuk memimpin sebuah negara yang lebih besar, rencam dan mencabar,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan rakyat tidak seharusnya terus dijadikan alat emosi politik atau mangsa perebutan kuasa, terutama apabila konflik dalaman parti memberi kesan langsung kepada wakil rakyat dan pentadbiran negeri.
Menurut Mahfuz, percanggahan terbuka antara keputusan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung pemecatan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kenyataan Mursyidul Am, Hashim Jasin yang berkata keputusan itu masih boleh disemak oleh Majlis Syura, mendedahkan masalah serius dalam struktur kepimpinan parti.
“Ini membuktikan satu hakikat pahit, PAS sedang berdepan krisis autoriti, krisis kepimpinan dan krisis kejelasan prinsip,” katanya.
Beliau menambah, kegagalan menyelesaikan konflik secara adil menyebabkan rakyat di kawasan terlibat “dihukum dua kali”, apabila kehilangan wakil rakyat dan pada masa sama terheret sebagai mangsa perbalahan dalaman parti.
Mengulas dari sudut prinsip Islam, Mahfuz menegaskan Islam tidak mengajar ketaatan secara membuta tuli.
“Keberanian menegur, berbeza pandangan dan menuntut keadilan adalah asas kepada siasah Islam,” katanya.
Namun begitu, beliau mendakwa dalam krisis Perlis, PAS memilih pendekatan politik lama dengan menutup ruang perbezaan, menghukum mereka yang bersuara dan menjadikan kuasa sebagai alat disiplin.
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi