PAS jarakkan diri daripada masalah dalaman Bersatu: Laporan

February 10, 2026 · Politik

PAS menegaskan tidak akan mencampuri pergolakan dalaman Bersatu yang kini dilihat melibatkan kem presiden Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Hamzah Zainudin, walaupun kedua-dua parti merupakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan berkata pendirian PAS jelas bahawa setiap parti komponen perlu mengurus isu dalaman masing-masing.

“PAS tidak akan campur tangan atau beri pandangan mengenai isu dalaman Bersatu. Harapan kita apa sahaja yang berlaku diurus dengan baik demi kepentingan Bersatu dan juga PN,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut beliau, kestabilan parti dalam PN amat penting kerana gabungan itu dilihat sebagai harapan kepada sebahagian rakyat Malaysia.

“Kemantapan parti seperti PAS, Bersatu, Gerakan dan MIPP penting untuk memastikan kekuatan PN secara keseluruhan,” tambahnya.

Pergolakan dalam Bersatu kembali menjadi perhatian selepas Naib Presidennya, Ronald Kiandee, secara terbuka menggesa Muhyiddin melepaskan jawatan presiden.

Ronald mendakwa tindakan lembaga disiplin memanggil Hamzah memberi gambaran parti lebih menumpukan kepada kedudukan kepimpinan berbanding isu yang diperjuangkan.

Takiyuddin turut menegaskan sebarang keputusan berkaitan jawatan pengerusi PN hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi yang dijadualkan selepas 19 Februari.

“Apa-apa keputusan mesti dibuat dalam mesyuarat rasmi. Jika PAS diputuskan memimpin PN, parti akan kemukakan calon,” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
9 jam lalu· Politik
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
13 jam lalu· Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
June 23, 2026· Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
June 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
6 jam lalu · Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
6 jam lalu · Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
7 jam lalu · Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
7 jam lalu · Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok