PAS kasihan UMNO tunduk dengan DAP tak boleh tanding banyak kerusi

September 22, 2025 · Politik

PAS melahirkan rasa kasihan terhadap UMNO yang dijangka hanya mampu merebut 26 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), berikutan ketetapan yang dibuat DAP yang mengehadkan kerusi yang boleh ditandingi selepas ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata situasi itu menunjukkan slogan ‘No DAP, No Anwar’ yang dilaungkan UMNO sebelum ini kini telah bertukar menjadi ‘Yes DAP, Yes Anwar’.

Menurut beliau, hakikatnya UMNO sudah tidak mempunyai tempat di ‘gelanggang majoriti Melayu’ seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang yang digambarkannya sebagai ‘tanah kubur’ buat parti itu.

“PRU-15 pun sudah membuktikan, Perdana Menteri dari UMNO pun rakyat tetap tolak.

“Sekarang UMNO hanya menumpang kasih, bukan menyumbang kerusi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Idris berkata, Pakatan Harapan (PH) kini berdepan dilema sama ada mahu mendengar cakap UMNO atau DAP.

“Jawapannya mudah, tepuk dada, tanyalah hati. DAP pula akan kekal dengan kerusinya, dalam masa yang sama perlu ‘kudakan’ UMNO untuk mereka berada dalam kerajaan.

“Yang untung DAP, ruginya UMNO lah,” ujarnya.

Mengenai cadangan DAP agar PRU-16 diadakan secara serentak, Idris menegaskan PAS dan Perikatan Nasional (PN) akan terus melawan tanpa mengira bentuk pilihan raya tersebut.

Beliau mendakwa jentera PN sudah bersedia sepenuhnya.

“’Tin milo’ yang sebelum ini mampu menumbangkan lawan di empat buah negeri sudah digerakkan dan PAS juga bersedia untuk keluar dengan ‘tong drum’ untuk PRU-16.

“Insya-Allah, tong drum akan menggegarkan lebih banyak kerusi,” katanya.

Tambah beliau lagi, UMDAP-PH boleh meneruskan ‘sandiwara’ mereka, namun rakyat telah celik.

Idris juga mendakwa sokongan organik di media sosial masih jelas memihak kepada PN dan menolak kepimpinan Anwar Ibrahim.

“PN hanya harapkan biar bermain di padang sama rata dan tidak ubah tiang gol dalam PRU-16,” tegasnya.

Berita berkaitan
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
10 jam lalu· Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
18 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
20 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
10 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
10 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
18 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
18 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok