PAS punca konflik dalam gabungan dan sukar bekerjasama: Pemuda Amanah

January 3, 2026 · Politik

Cadangan supaya PAS menyertai Kerajaan Perpaduan perlu dinilai secara rasional dan berasaskan rekod sebenar parti itu dalam sejarah politik negara, kata Fadhli Umar Aminolhuda.

Exco Pemuda Amanah Nasional itu berkata, pengalaman lalu menunjukkan PAS sering menjadi punca ketegangan dan perpecahan dalam gabungan politik yang disertainya, sama ada dalam Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, kebanyakan gabungan tersebut berakhir dengan konflik dalaman, percanggahan keputusan dan perubahan hala tuju politik.

“Sejarah ini bukan perkara kecil. Ia perlu dijadikan pengajaran apabila menilai sebarang cadangan melibatkan PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Fadhli Umar turut mengingatkan episod penolakan PAS terhadap cadangan melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor, yang disifatkan hampir mencetuskan krisis politik di negeri itu.

Katanya, corak politik PAS yang sukar menerima konsensus dan kerap bertembung dengan rakan gabungan wajar diberi perhatian serius.

Dalam pada itu, beliau mengiktiraf kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurutnya berjaya memulihkan kestabilan politik negara selepas krisis berpanjangan susulan Langkah Sheraton pada 2020.

“Kestabilan ini telah mengembalikan keyakinan ekonomi, mengukuhkan nilai ringgit dan memastikan kadar inflasi kekal rendah,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan situasi dalaman PN kini sebagai ironik apabila gabungan itu berdepan perpecahan selepas gagal menjatuhkan kerajaan, sehingga ada pemimpin utamanya mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Mengulas kebimbangan bahawa penyertaan PAS boleh menjejaskan kedudukan Amanah, Fadhli Umar menegaskan parti itu mempunyai asas perjuangan yang konsisten dan kukuh.

“Amanah tidak bergantung kepada siapa yang masuk atau keluar kerajaan. Kekuatan kami terletak pada nilai dan komitmen kepada rakyat,” katanya.

Beliau menambah, walaupun terbuka menerima pandangan rakan-rakan dalam Angkatan Muda Keadilan Selangor, semua pihak diingatkan agar tidak melupakan sejarah.

“Politik menuntut kebijaksanaan dan kejujuran dalam membina kepercayaan bersama,” katanya.

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
4 jam lalu· Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu· Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
4 jam lalu · Politik
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
11 jam lalu · Politik
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026 · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok