Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
PAS mengulangi komitmen teguhnya untuk terus bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata perpaduan dalam gabungan itu merupakan kekuatan utama untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
Ujarnya, PAS mengambil maklum dan menghormati segala keputusan yang dibuat oleh rakan gabungannya, Parti Bersatu selepas selesai mengadakan perhimpunan agung masing-masing.
“PAS yakin dengan kebersamaan dan kesungguhan seluruh komponen PN, kita mampu menawarkan penyelesaian yang lebih baik, adil dan saksama kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Idris menegaskan PN perlu terus mengutamakan isu-isu rakyat yang semakin mencengkam kehidupan seharian mereka.
Beliau menyenaraikan beberapa perkara yang memerlukan perhatian segera termasuk pembelaan terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), isu adik Zara Qairina, kesan penyesaran subsidi RON95, serta isu kos sara hidup yang membebankan rakyat.
Sebagai tindakan, PAS akan menganjurkan Himpunan Mega Tolak URA pada 4 Oktober 2025 akan datang.
“Perpaduan dalam gabungan ini adalah kekuatan utama bagi memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, di samping memperkasakan PN sebagai sebuah gabungan politik yang lebih utuh, berprinsip dan berpandangan jauh,” tegasnya lagi.
Dengan pendirian yang jelas ini, PAS memperkukuh tonggak dalam blok PN sambil terus meletakkan isu pembelaan rakyat sebagai agenda teras perjuangan.
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum