PAS tolak cadangan UMNO mahu bekerjasama tanpa PN: Tuan Ibrahim

September 15, 2026 · Politik

PAS berpandangan agenda penyatuan ummah tidak seharusnya terhad kepada kerjasama dengan UMNO, sebaliknya perlu diperluas kepada pelbagai pihak bagi membentuk gabungan politik lebih inklusif menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun PAS dan UMNO menjadi antara kekuatan utama politik Melayu-Islam, penyatuan yang terlalu terhad boleh menyebabkan kelompok lain dalam masyarakat tersisih.

“Penyatuan ummah perlu diperluas. Jangan kita hadkan hanya kepada PAS dan UMNO kerana ada kelompok lain yang turut mempunyai peranan dalam masyarakat.

“Perubahan landskap politik serta pertambahan pengundi muda menuntut satu kerangka atau gabungan politik baharu yang lebih inklusif dan mampu menawarkan penyelesaian kepada persoalan masa depan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, generasi muda tidak semestinya terikat dengan sejarah dan percaturan politik generasi terdahulu, sebaliknya lebih berminat melihat penyelesaian terhadap isu masa depan.

“Generasi muda tidak semestinya terikat dengan sejarah serta percaturan politik generasi terdahulu.

“Mereka mahu melihat penyelesaian terhadap persoalan masa depan, bukannya sekadar mengulangi pertikaian masa lalu,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, perbezaan sejarah, pendekatan dan agenda politik antara parti juga tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada usaha penyatuan.

Sebaliknya, perbezaan itu perlu diurus secara bijaksana tanpa mana-mana pihak dipaksa mengorbankan identiti masing-masing.

Beliau berkata kerangka baharu penyatuan ummah juga perlu berani menangani isu besar negara termasuk politik perkauman melampau, kelemahan perpaduan nasional, rasuah, salah guna kuasa dan penguasaan kartel.

Kenyataan itu hadir ketika UMNO dan PAS kembali memberi tumpuan kepada agenda penyatuan orang Melayu menjelang PRU-16.

Kedua-dua parti sebelum ini pernah bekerjasama menerusi Muafakat Nasional selepas PRU-14, sebelum hubungan itu berakhir susulan perubahan politik dan pembentukan Perikatan Nasional (PN).

Terbaharu, Ketua Penerangan UMNO Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin dilaporkan mencadangkan rundingan kerjasama politik antara UMNO dan PAS dimulakan menjelang PRU-16, namun tanpa melibatkan PN.

Beliau turut menyindir kewujudan “parti kucing” dalam PN, tanpa menamakan parti yang dimaksudkan.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
September 21, 2026· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
3 jam lalu· Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
September 21, 2026 · Politik
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
16 jam lalu · Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
16 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
17 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok