Pastikan MyKad dan lesen dikemaskini untuk nikmati BUDI95

September 29, 2025 · Isu semasa

Kerajaan menasihati orang ramai supaya memastikan butiran pada MyKad dan lesen memandu adalah tepat dan kemas kini bagi mengelakkan sebarang gangguan kelayakan untuk menikmati subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI (BUDI95).

Saranan Kementerian Kewangan (MOF) ini dibuat menjelang pelaksanaan penuh sistem subsidi bersasar itu.

Analisis bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) mendedahkan sebahagian data lesen memandu masih menggunakan nombor lama seperti nombor polis atau nombor kad pengenalan lama, yang tidak sepadan dengan format 12 digit MyKad semasa.

“Orang ramai diminta menyemak maklumat pada lesen memandu masing-masing selain memastikan lesen masih sah,” menurut kenyataan MOF.

Antara butiran kritikal yang perlu dipastikan ialah nombor MyKad 12 digit direkod dengan betul, nama pemegang lesen tepat, serta kelas dan jenis kenderaan dinyatakan dengan betul.

Penyelarasan maklumat ini amat mustahak kerana butiran lesen memandu akan disemak silang dengan MyKad di stesen minyak dan terminal pembayaran akan membaca MyKad untuk pengesahan kelayakan.

Sekiranya terdapat percanggahan data, pemilik lesen perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kemas kini.

“MOT akan menyegerakan penyelarasan data secara mingguan bagi memastikan rakyat dapat menikmati harga bersubsidi BUDI95,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, MOF melaporkan sistem BUDI95 kekal stabil pada hari kedua pelaksanaannya.

Hampir 500,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjaya membuat transaksi.

“Sepanjang 28 Sept 2025, sebanyak RM22.9 juta pembelian direkodkan melibatkan 11.5 juta liter petrol RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, dengan pengesahan MyKad di stesen minyak berjalan lancar.”

Sehingga kini, seramai 8.6 juta orang telah menyemak kelayakan mereka melalui portal BUDI95.

Orang ramai boleh merujuk soalan lazim di laman web www.budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan 1-300-88-9595 untuk maklumat lanjut.

Berita berkaitan
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026· Isu semasa
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
August 19, 2026· Isu semasa
Reformasi ekonomi tak popular, tapi perlu untuk masa depan: Amir Hamzah
August 18, 2026· Isu semasa
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
August 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
12 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
14 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
14 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok