Pasukan Khas Bukit Aman ambil alih siasatan kes kematian Zara Qairina

August 11, 2025 · Isu semasa

Pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah dikerahkan ke Sabah bagi mengambil alih siasatan kes kematian pelajar sekolah, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, yang menimbulkan persoalan besar mengenai keselamatan pelajar di sekolah berasrama penuh.

Menurut kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), pasukan task force yang terdiri daripada sembilan anggota dan pegawai kanan itu dihantar sebagai bukti komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan siasatan dilakukan secara telus dan menyeluruh.

“PDRM memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa. Kami menyeru semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan siasatan secara profesional dan mengelakkan spekulasi yang boleh menjejaskan proses undang-undang,” menurut kenyataan tersebut.

Kes ini bermula pada 16 Julai lalu apabila Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu keesokan harinya.

Kematian pelajar muda ini mencetuskan kemarahan masyarakat apabila timbul dakwaan bahawa Zara Qairina menjadi mangsa buli oleh pelajar senior di sekolah berkenaan. Keluarga mangsa mendakwa terdapat kecederaan pada tubuh anak mereka yang menunjukkan tanda-tanda penderaan.

Insiden ini mendapat perhatian nasional dan mencetuskan demonstrasi aman di beberapa bandar di Sabah, dengan peserta menuntut keadilan untuk Zara Qairina dan reformasi sistem untuk mencegah kes buli di sekolah-sekolah.

Pihak polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) dan beberapa seksyen lain yang berkaitan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi bilik gerakan JSJ Sabah di talian 088-318 305.

Berita berkaitan
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
6 jam lalu· Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
6 jam lalu· Isu semasa
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
November 26, 2026· Isu semasa
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
November 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
7 jam lalu · Isu semasa
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
8 jam lalu · Isu semasa
MySiren bukan sekadar amaran banjir, boleh kesan tanah runtuh dan orang hilang
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok