Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan

April 30, 2026 · Isu semasa

BANGI: Seramai 10 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan selepas insiden tegang melibatkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece, awal pagi tadi.

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan, puluhan dron dikesan berlegar di sekitar kawasan flotilla, dipercayai menjalankan pemantauan serta mengganggu komunikasi kapal-kapal yang terlibat.

Insiden itu berlaku antara jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia, ketika kapal-kapal misi berada kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza.

Menurut Ketua Pengarah SNCC, Sani Araby Abdul Alim Araby, keadaan menjadi tegang apabila kapal tentera Israel menghampiri flotilla secara agresif.

“Kami menerima laporan tembakan amaran dilepaskan dan gangguan frekuensi radio dikenakan terhadap aktivis yang tidak bersenjata,” katanya.

Beliau mengesahkan 10 rakyat Malaysia yang terputus hubungan berada di enam kapal berbeza dalam konvoi tersebut.

“Kami sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini dan terus berhubung dengan pasukan lain yang masih dalam perjalanan,” katanya lagi.

Walaupun berdepan ancaman, beberapa kapal lain dilaporkan meneruskan pelayaran ke Gaza.

SNCC turut mendakwa memiliki bukti audio dan visual yang menunjukkan pihak tentera Israel menggunakan naratif tidak tepat bagi menghalalkan tindakan mereka, sedangkan flotilla beroperasi di laluan perairan antarabangsa yang sah menurut undang-undang maritim.

GSF 2.0 merupakan misi kemanusiaan antarabangsa yang bertujuan menghantar bantuan ke Gaza, wilayah yang telah lama berdepan sekatan dan krisis kemanusiaan berpanjangan.

Misi ini melibatkan 56 kapal yang berlepas dari Pelabuhan Catania, Itali, dengan penyertaan 36 rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kepakaran termasuk perubatan dan kejuruteraan.

SNCC menyeru orang ramai untuk mendoakan keselamatan semua delegasi yang terlibat. “Kami berharap rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dan tidak terpengaruh dengan maklumat tidak sahih,” kata Sani Araby.

Berita berkaitan
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026· Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
October 23, 2026· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok