Pegawai SPRM dedah Zarul ada beri wang kepada Guan Eng, mahkamah diberitahu

July 10, 2025 · Isu semasa

Seorang penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan saksi penting kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang pernah memberi wang kepada Lim Guan Eng berkaitan projek tersebut.

Menurut Penguasa Kanan SPRM, Ng Heng Jun semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memberitahu saksi tersebut, Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli mendedahkan perkara itu ketika beliau menyiasat seorang ahli perniagaan, G. Gnanaraja pada 9 Disember 2019.

Saksi pendakwaan ke-36 itu berkata, Zarul Ahmad yang ketika itu Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) turut mengaku menyerahkan wang RM19 juta kepada Gnanaraja.

“Semasa siasatan, saya tidak pernah halang Datuk Zarul untuk memberi keterangan, cuma saya minta beliau memberi tumpuan kepada kes Gnanaraja.

“Datuk Zarul hanya memberitahu saya secara umum mengenai penyerahan wang kepada Guan Eng. Saya tidak terlibat dalam siasatan penyerahan wang itu kerana ia dikendalikan pegawai penyiasat lain.

“Saya tidak mahu keterangan Datuk Zarul bercampur aduk dengan kes yang saya siasat kerana kedua-dua kes ini adalah berlainan,” katanya.

Heng Jun merupakan pegawai penyiasat bagi kes penipuan Gnanaraja membabitkan wang berjumlah RM19 juta yang juga berkaitan kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh pada perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion membabitkan Guan Eng.

Dalam keterangannya, Heng Jun berkata, beliau turut memaklumkan keterangan Zarul Ahmad (berkaitan penyerahan wang kepada Guan Eng) kepada pihak atasan SPRM.

Kata pegawai itu, bagaimanapun beliau dimaklumkan bahawa siasatan khas akan dibuka untuk kes melibatkan Guan Eng.

“Datuk Zarul hanya memberitahu saya secara umum mengenai penyerahan wang kepada Guan Eng dan saya tidak terlibat dalam siasatan itu kerana kes tersebut dikendalikan pegawai penyiasat lain,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion antara Januari 2011 dan Ogos 2017, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 22 Julai ini.

Berita berkaitan
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
15 jam lalu· Politik
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
15 jam lalu· Isu semasa
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
April 15, 2026· Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
April 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
4 jam lalu · Isu semasa
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
15 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
April 16, 2026 · Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
April 16, 2026 · Isu semasa
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
April 16, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok