Peguam dalam inkues Zara dakwa kenyataan Presiden Warisan menghina mahkamah

September 21, 2025 · Isu semasa

Presiden Warisan, Shafie Apdal, berdepan kritikan dan amaran keras daripada badan peguam serta pakar undang-undang berikutan kenyataannya yang didakwa boleh dianggap sebagai menghina mahkamah, berhubung kes inkuis kematian Zara Qairina Mahathir.

Ram Singh, peguam yang mewakili ‘Pelajar A’ (saksi kanak-kanak dalam inkues itu), menyifatkan kenyataan Shafie sebagai mengganggu proses kehakiman dan akan membangkitkan isu tersebut semasa prosiding mahkamah pada Isnin ini.

“Ini adalah penghinaan terhadap mahkamah dan terpulang kepada koroner untuk membuat keputusan. Kami akan membangkitkan isu ini dalam prosiding pada Isnin nanti,” katanya dipetik laporan portal FMT.

Seorang peguam dari Sabah yang enggan dikenali turut menyuarakan kebimbangan, menekankan integriti prosiding kehakiman memerlukan sebarang kesimpulan dibuat oleh mahkamah, bukan pihak luar.

“Kenyataan sedemikian berisiko mendahului penemuan mahkamah dan boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap integriti proses kehakiman,” tegasnya dalam laporan sama.

Bekas Presiden Badan Peguam, Salim Bashir, menambah adalah tidak wajar untuk membuat kenyataan awam berkenaan isu yang masih dalam pertimbangan mahkamah.

Beliau memberi amaran kenyataan tertentu boleh menimbulkan kemarahan dan kekecewaan serta menyuburkan khabar angin yang tidak berasas.

Presiden Badan Peguam semasa, Ezri Abdul Wahab, pula memberi amaran bahawa spekulasi Shafie berpotensi mengganggu misi pencarian fakta sebenar.

“(Ia boleh) mewujudkan tekanan tidak wajar ke atas penyiasat atau koroner, serta berpotensi memesongkan penilaian bebas terhadap fakta. Malah, ia juga boleh menakutkan saksi yang mungkin merasakan keterangan mereka telah diprasangka atau dipolitikkan,” jelasnya.

Kenyataan Shafie itu dilaporkan dibuat dalam satu majlis makan malam, di mana beliau mempersoalkan tempoh panjang inkues kematian Zara Qairina.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di hospital pada 17 Julai lepas, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di sekolahnya. Inkuis bagi menentukan punca kematiannya telah diarahkan pada 13 Ogos lalu setelah Jabatan Peguam Negara meneliti laporan siasatan polis.

Berita berkaitan
Guru cedera diserang pelajar di Kuching, polis tunggu siasatan lengkap
October 22, 2026· Isu semasa
Lantik MB baharu jika kemelut Negeri Sembilan berlarutan: Peguam
October 21, 2026· Politik
Kerajaan perkemas pelan hadapi jerebu, kesihatan murid diutamakan: Anwar
October 19, 2026· Isu semasa
Buli siber, kandungan palsu tidak boleh dinormalisasikan: MCMC
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
3 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
3 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok