Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah menafikan dakwaan Najib Razak telah mengemukakan permohonan pengampunan baharu kepada pihak berkuasa.
Menurut beliau, tiada sebarang permohonan sedemikian difailkan kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan setakat ini.
“Saya akan menjadi orang pertama yang tahu, selain Najib sendiri, jika sebarang permohonan dikemukakan,” katanya dipetik laporan berita.
Terdahulu, tular laporan mendakwa Najib, yang bakal berusia 73 tahun tahun ini, telah menghantar permohonan pengampunan baharu pada bulan Ramadan, dengan salinan turut dihantar ke Istana Negara.
Laporan itu juga mendakwan permohonan itu bertujuan mendapatkan pembebasan daripada semua kesalahan jenayah, namun tidak memperincikan sama ada ia melibatkan kes SRC International, 1MDB atau kedua-duanya.
Untuk rekod, pada 22 Disember lalu Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke menolak permohonan semakan kehakiman Najib yang bertujuan menguatkuasakan perintah tambahan diraja bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Ketika ini, Najib sedang menjalani hukuman penjara selama enam tahun di Penjara Kajang selepas hukumannya dikurangkan, susulan sabitan menyeleweng dana RM42 juta daripada SRC International.
Dalam perkembangan berkaitan, pada 26 Disember, Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM13.4 bilion terhadap Najib atas kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman tersebut dijalankan secara berturutan dengan hukuman sedia ada bagi kes SRC International.
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan