Pelabur lihat dasar Malaysia yang jelas dan politik stabil: Fahmi

July 7, 2025 · Isu semasa

Malaysia menjadi tarikan pelabur kerana dasar-dasar kerajaan yang jelas dan konsisten, selain disokong oleh kestabilan politik, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi berkata pelan dan rangka ekonomi dirancang kerajaan antaranya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sebagai contoh dasar yang koheren dan memberi keyakinan kepada pelabur.

“Kejelasan dan kestabilan dasar ini menjadi daya tarikan utama kepada pelabur. Mereka yakin bahawa dasar-dasar ini tidak akan diubah secara sewenang-wenangnya.

“Buktinya kita lihat angka-angka yang diumumkan sama ada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mahupun Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) membuktikan Malaysia terus menjadi negara yang sangat diminati oleh pelabur asing,” katanya semasa sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia di Rumah Malaysia di Geneva, semalam yang turut dihadiri Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geneva, Nadzirah Osman.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dalam kenyataan bulan lepas memaklumkan, Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan berjumlah RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Pada perjumpaan yang dihadiri kira-kira 50 tetamu terdiri daripada warga Malaysia yang bekerja di Switzerland, pelajar serta kakitangan Malawakil Malaysia di Geneva itu, Fahmi turut berkongsi kemajuan yang telah dicapai negara dalam sektor komunikasi.

“Malaysia merupakan antara 10 negara di dunia yang mempunyai harga internet paling murah dan Malaysia mempunyai internet kedua terpantas di Asia Pasifik selepas Korea Selatan,” katanya.

Sementara itu, Nadzirah berkata, pertemuan itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia di Geneva untuk berinteraksi secara langsung dengan Fahmi serta mendengar perkembangan terbaharu yang berlaku di tanah air.

“Program hari ni memberi peluang kepada rakyat Malaysia di Geneva untuk bertukar-tukar pandangan dengan menteri serta dapat juga mendengar sendiri perkembangan isu-isu terkini di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Malaysia Geneva, Syakira Ramli berkata, pelbagai topik dibincangkan semasa pertemuan itu, termasuk bidang yang boleh dipertingkatkan Malaysia dengan mempelajarinya daripada Switzerland.

“Kita tahu bahawa Switzerland sangat kuat dan gigih dalam pentadbiran dan sentiasa mencapai teknologi terkini serta terus berkembang sebagai sebuah masyarakat, dan maju dalam kewangan, pendidikan mahupun infrastruktur,” katanya.

Bagi Malvyn Tan, Ketua Bahan Api Komersial di Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), pertemuan itu memberi peluang kepada diaspora Malaysia untuk berkongsi maklum balas dan menyatakan pandangan mereka.

“Saya rasa Fahmi sangat terbuka dan menerima dan ini membuatkan kami sangat selesa untuk berkongsi pengalaman dan beliau juga sangat terbuka dalam berkongsi perkembangan di Malaysia dan itu adalah sesuatu yang sangat saya alu-alukan,” katanya.

Fahmi kini mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Dunia mengenai Acara Peringkat Tinggi Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20), yang diadakan di sini dari 7 hingga 11 Julai, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Madani untuk mengukuhkan ekosistem teknologi komunikasi negara yang inklusif sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Berita berkaitan
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
7 jam lalu· Isu semasa
Malaysia buru penggal baharu kerusi Majlis ITU, main peranan bentuk dasar digital
10 jam lalu· Isu semasa
MCMC uji internet di 16 stesen ECRL, liputan terowong turut dipantau
November 5, 2026· Isu semasa
Anwar: Kestabilan politik yakinkan Google labur RM61 bilion
November 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
6 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
7 jam lalu · Isu semasa
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
9 jam lalu · Isu semasa
Daiso labur RM1.2 bilion, bina hab pengedaran terbesar dunia di Malaysia: PMX
November 5, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok