Pelaburan diluluskan suku pertama meningkat, keyakinan pelabur meningkat: MIDA

June 11, 2025 · Isu semasa

Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata pelaburan ini merangkumi 1, 556 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama yang dijangka menjana lebih 33,300 pekerjaan baharu untuk rakyat negara ini.

“Jumlah pelaburan ini mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur terhadap dasar yang jelas serta asas jangka panjang negara, bertentangan dengan aliran pelaburan global yang lebih berhati-hati akibat ketidaktentuan geopolitik dan makroekonomi serta persaingan global yang semakin sengit untuk mendapatkan pelaburan baharu.

“Pelaburan asing mendominasi landskap pelaburan, dengan sumbangan RM60.4 bilion atau 67.3 peratus daripada jumlah pelaburan, manakala pelaburan tempatan kira-kira RM29.4 bilion atau 32.7 peratus,” katanya.

Selain peluang pekerjaan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata peningkatan indeks Pengurusan, Teknikal dan Penyeliaan (MTS) kepada 46.3 peratus daripada 44.2 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas mencerminkan kejayaan negara ini dalam mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan gaji yang lebih baik.

“Dengan usaha memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN, satu keutamaan semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN, kita turut berazam untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan dan perkhidmatan utama bagi rantau yang pesat membangun ini yang berpopulasi 680 juta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Sikh Shamsul Sikh Abdul Majid berkata projek yang berjaya diraih MIDA bagi suku pertama 2025 menyokong usaha nasional membina ekonomi yang lebih meluas dan berdaya tahan.

“Untuk terus menjadi destinasi pilihan syarikat berprestasi tinggi, kami akan memperkukuh ekosistem tempatan sebagai pemudah cara dan melengkapkan tenaga kerja negara bagi merebut peluang pekerjaan dan kepimpinan baharu.

“Dengan memastikan Malaysia kekal relevan dalam rantaian nilai global, kita boleh menarik dan mengekalkan pelaburan yang memberi manfaat jangka panjang kepada ekonomi, syarikat tempatan dan rakyat,” katanya.

Sehingga 10 Jun, 2025, MIDA sedang giat menguruskan projek dalam cadangan yang bernilai RM48.5 bilion.

“Sektor perkhidmatan memacu momentum ini dengan 683 projek bernilai RM27.6 bilion, manakala sektor pembuatan menyumbang RM20.9 bilion menerusi 89 projek.

“Sebagai pelengkap kepada projek dalam cadangan itu, terdapat tambahan RM59.3 bilion dalam potensi pelaburan bernilai tinggi yang sedang dalam rundingan. Angka ini bukan sahaja mencerminkan minat pelaburan yang kukuh, malah keyakinan yang semakin meningkat terhadap asas ekonomi dan hala tuju dasar Malaysia,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
24 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
2 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
2 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
6 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok