Pelajar terlibat kes rogol diheret ke mahkamah hari ini untuk didakwa

October 16, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Melaka hari ini akan mendengar kes membabitkan sekumpulan pelajar lelaki yang didakwa merogol seorang pelajar tingkatan tiga di dalam sebuah sekolah di Alor Gajah, dalam satu insiden yang dipercayai berlaku pada awal Oktober lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), semua suspek akan didakwa di bawah Seksyen 375B (rogol) dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan (persetubuhan luar tabii), serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman bagi kesalahan amang seksual.

“Jabatan ini kekal komited untuk memastikan setiap kesalahan jenayah, khususnya yang melibatkan mangsa kanak-kanak dan jenayah seksual, diambil tindakan sewajarnya dan ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa,” tegas AGC dalam satu kenyataan media hari ini.

Insiden menyayat hati itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 2.50 petang pada 2 Oktober lepas. Mangsa, berusia 15 tahun, dikatakan telah kembali ke kelasnya untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Menurut sumber, mangsa kemudian ditarik oleh dua pelajar tingkatan lima, ditutup mulutnya dan ditolak semula ke dalam kelas.

Dua pelajar lain dikatakan bertindak sebagai pengawal di tangga, manakala dua yang lain menyaksikan kejadian tersebut.

Difahamkan, perbuatan keji itu dilakukan secara bergilir-gilir oleh suspek dan ada antara mereka merakam rakitan video insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Kejadian ini terbongkar setelah ibu mangsa dimaklumkan oleh guru sekolah mengenai kewujudan video yang disebarkan, seterusnya mendorong keluarga mangsa untuk membuat laporan polis.

Kes ini kini terus menjadi perhatian pihak berkuasa.

Berita berkaitan
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
2 jam lalu· Isu semasa
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
2 jam lalu· Isu semasa
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
2 jam lalu· Isu semasa
Pendakwaan persoal transaksi RM25.3 juta dalam akaun Bersatu
22 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
2 jam lalu · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
2 jam lalu · Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
20 jam lalu · Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
20 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus runding AS, mahu kekalkan tarif maksimum 19%: Johari
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok