Pelaksanaan had umur 16 tahun pengguna media sosial perlu disegerakan: Pakar

October 18, 2025 · Isu semasa

Pelaksanaan cadangan menaikkan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun perlu dipercepat bagi mengekang gejala sosial yang kian meruncing dalam kalangan pelajar.

Langkah drastik ini dilihat sebagai satu keperluan mendesak berikutan peningkatan kes buli, pergaduhan, rogol dan kes bunuh yang melibatkan institusi pendidikan baru-baru ini.

Pengumuman oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bahawa cadangan ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam disambut baik oleh pakar.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Ima Liana Esa, cadangan itu amat wajar dan relevan.

“Kebanyakan kes dalam kalangan pelajar sekolah seperti buli, rogol dan terbaharu kes bunuh, semua itu ada elemen pengaruh media sosial apabila sesiapa pun mudah akses untuk mendapatkan apa-apa sahaja diinginkan. Tambah buruk apabila tidak ada kawalan ibu bapa,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau turut merujuk kepada Australia yang telah melaksanakan undang-undang ketat melarang akses media sosial untuk individu bawah 16 tahun.

Data membimbangkan menunjukkan sembilan daripada 10 kanak-kanak di Malaysia memiliki akaun media sosial dan menghabiskan purata lapan jam sehari di platform seperti TikTok dan YouTube.

“Dalam umur sedemikian, mereka belum matang membezakan buruk dan baik.

“Terdedah kepada media sosial berlebihan dan tanpa kawalan, merisikokan mereka menjadi mangsa ancaman seksual, buli siber dan pelbagai lagi bentuk eksploitasi,” jelasnya lagi.

Namun, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Mohamad Ali Hasan, mengingatkan medium lain seperti platform penstriman berbayar juga perlu dipantau.

“Kami harap kerajaan tidak fokus kepada pengaruh media sosial sahaja tetapi turut sama melihat ancaman kandungan program daripada platform penstriman berbayar. Ada antaranya, tidak sesuai untuk pembangunan minda dan sahsiah anak-anak,” ujarnya.

Beliau menegaskan kaedah paling berkesan untuk membendung isu sosial adalah melalui pemupukan nilai murni dari rumah, yang kemudiannya diperkukuh di sekolah.

Berita berkaitan
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
13 jam lalu· Isu semasa
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
7 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
8 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
13 jam lalu · Isu semasa
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok