Nurul Izzah Anwar.
Pelantikan Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat sebagai detik penting yang menguji tahap integriti institusi itu serta komitmen negara dalam memerangi rasuah.
Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, pelantikan tersebut bukan sekadar perubahan kepimpinan, tetapi membawa harapan besar untuk pembaharuan yang lebih menyeluruh.
“Pelantikan ini bukan sekadar tajuk berita, ia adalah satu ujian dan pada masa yang sama satu peluang bagi institusi kita dan tekad kolektif negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan integriti tidak terletak pada jawatan atau gelaran, sebaliknya terpancar melalui tindakan tegas dalam siasatan serta keputusan yang tidak dipengaruhi kepentingan tertentu.
Katanya, proses pelantikan yang diperkenankan oleh Sultan Ibrahim atas nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuka ruang jelas untuk perubahan dalam SPRM.
Semalam, media melaporkan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim dilantik menerajui SPRM berkuat kuasa 13 Mei ini, menggantikan kepimpinan terdahulu dalam usaha memperkukuh keyakinan awam terhadap badan antirasuah itu.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata perubahan sebenar tidak akan berlaku hanya dengan pelantikan individu baharu, sebaliknya memerlukan keberanian, iltizam politik serta sokongan berterusan rakyat.
“Jangan berpaling. Perubahan tidak berlaku ke atas kita, ia berlaku kerana kita,” katanya sambil menggesa rakyat terus bersuara menentang rasuah dan ketidakadilan.
Beliau turut mengingatkan sejarah lalu menunjukkan pelantikan baharu tidak semestinya menjamin reformasi jika tiada perubahan struktur yang kukuh.
Menurutnya, pembaharuan perlu melibatkan semakan undang-undang, pengukuhan perlindungan institusi serta akauntabiliti sebenar kepada Parlimen.
“Tanpa perubahan struktur ini, segala kemajuan yang diraikan hari ini berisiko runtuh pada hari esok,” katanya.
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
Tindakan UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan demi prinsip: Akmal
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
Zambry akan rujuk dengan Pengerusi BN berhubung krisis Negeri Sembilan
PN Negeri Sembilan nyata sokongan bersama BN tubuh kerajaan baharu
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan