Pembangkang kena buat usul undi tidak percaya, kata Hassan

July 26, 2025 · Politik

Satu-satu cara pembangkang untuk menurunkan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah menerusi usul tidak percaya, kata Hassan Abdul Karim.

Ahli Parlimen PKR (Pasir Gudang) itu berkata pembangkang sudah dicabar sebelum ini untuk membawa usul tersebut di Parlimen, malahan Anwar sendiri tidak akan menghalang mereka jika cukup wakil rakyat untuk meneruskan undi tidak percaya.

“Pembangkang sudah dicabar berbuat demikian sebelum ini tetapi tidak mahu. Desakan melalui himpunan bukan cara yang sah dan tidak demokrasi.

“Kalau mahu turunkan Perdana Menteri perlu melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat atau pilihan raya umum (PRU).

“Kalau mahu juga Perdana Menteri turun sebelum PRU mesti melalui undi tidak percaya,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Molek Kali Ke 25 hari ini.

Himpunan itu yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) bermula sejak pagi dan peserta berkumpul di empat lokasi sekitar pusat bandar sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka bagi menuntut Anwar meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, perhimpunan itu tidak wajar dihalang kerana merupakan hak rakyat tetapi mesti berlangsung secara tertib dan aman.

Beliau memuji pihak penganjur kerana setakat awal petang ini tiada kejadian tidak diingini berlaku sekali gus menunjukkan mereka bertanggungjawab.

Pasa masa sama, Hassan turut memuji pihak kerajaan kerana membenarkan perhimpunan tersebut diadakan tidak seperti kerajaan sebelum ini.

“Kalau sebelum ini jika akan berlaku perhimpunan besar kerajaan akan keluar kenyataan takut-takutkan penganjur dan mereka yang hadir,” ujarnya.

Berita berkaitan
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
15 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
4 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
5 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
5 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
12 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok