Seramai 23 aktivis kemanusiaan Malaysia daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh rejim kini berada di Istanbul, Türkiye.
Tindakan pantas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dalam memastikan pembebasan 23 aktivis kemanusiaan Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) mendapat pujian dua pertubuhan terkemuka.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Fazreen Fauzi, menyifatkan kejayaan itu sebagai membuktikan keprihatinan dan komitmen kerajaan mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat.
Beliau menzahirkan penghargaan tertinggi kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan ke semua aktivis negara yang menyertai misi tersebut.
“Usaha bersepadu yang diterajui oleh Perdana Menteri bersama Wisma Putra membuktikan Kerajaan Malaysia Madani konsisten dalam memperjuangkan keadilan di peringkat antarabangsa. Ia juga menyerlahkan kewibawaan diplomasi Malaysia yang kekal disegani oleh dunia,” katanya.
Fazreen turut menyampaikan penghormatan tertinggi kepada para aktivis yang digelar ‘wira kemanusiaan’ negara.
“Keberanian mereka mencerminkan semangat Malaysia Madani yang berpaksikan kasih sayang, keadilan dan perjuangan nilai kemanusiaan,” ujarnya.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata kejayaan itu mencerminkan komitmen tinggi Malaysia.
“Keberhasilan diplomasi ini mencerminkan komitmen tinggi Malaysia dalam memperjuangkan prinsip kemanusiaan dan solidariti sejagat terhadap rakyat Palestin.
“Ia membuktikan pendekatan diplomasi berprinsip yang berteraskan nilai Madani mampu mengimbangi tuntutan kemanusiaan dan keselamatan nasional,” tegas Ahmad Fahmi.
ABIM juga mengambil iktibar agar usaha diplomatik kerajaan diteruskan untuk membebaskan baki tahanan flotilla dari negara lain.
“Langkah ini bukan sahaja memperkukuh solidariti antarabangsa, tetapi turut memperlihatkan kepimpinan moral Malaysia dalam mempertahankan prinsip kemanusiaan,” tambahnya.
Kedua-dua pertubuhan itu sepakat menegaskan kejayaan membebaskan rakyat Malaysia ini tidak sepatutnya mengurangkan tumpuan terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza, malah semangat perjuangan perlu diteruskan dengan lebih kuat dan istiqamah.
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil