Pemegang kad UNHCR tetap tertakluk kepada undang-undang

July 13, 2026 · Isu semasa

Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tetap tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan tidak menikmati sebarang imuniti jika melakukan kesalahan jenayah.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kad UNHCR bukan dokumen kewarganegaraan, justeru mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan disiasat serta dikenakan tindakan mengikut peruntukan sedia ada.

“Kad UNHCR bukan dokumen kewarganegaraan dan tidak memberikan imuniti daripada undang-undang Malaysia. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan tetap akan disiasat dan diambil tindakan,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Ekonomi pada hari ini.

Menurut beliau, perkara itu dibentangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara susulan kebimbangan orang ramai mengenai pengurusan pelarian, termasuk isu dokumentasi, sindiket pemerdagangan manusia serta kesannya terhadap keselamatan komuniti setempat.

Akmal berkata, Jabatan Imigresen kini melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian yang merangkumi pendaftaran biometrik, proses saringan, kawalan dan penguatkuasaan bagi memperkemaskan pengurusan pelarian di negara ini.

Beliau turut memaklumkan operasi bersepadu untuk membanteras penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen dan kemasukan melalui lorong haram akan dipertingkat.

“Analitik data dan teknologi pemantauan akan dimanfaatkan bagi mengesan risiko serta menyokong tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Dalam usaha memperkukuh kawalan sempadan, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada beberapa agensi bagi melaksanakan projek berkaitan keselamatan dan kawalan di pintu masuk negara.

Selain itu, peluasan operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan turut dipercepat bagi menyeragamkan pengurusan serta penguatkuasaan di seluruh sempadan negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim itu turut memberi perhatian kepada isu keterjaminan makanan dan daya tahan sektor pembuatan dalam menghadapi tekanan rantaian bekalan global.

Isu pengurusan pelarian sering menjadi perhatian di Malaysia memandangkan negara ini bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951.

Justeru, pemegang kad UNHCR tidak diberi taraf sebagai warganegara atau pemastautin tetap, sebaliknya berfungsi sebagai dokumen pengenalan kepada individu yang berdaftar dengan agensi berkenaan sementara menunggu penempatan semula ke negara ketiga.

Berita berkaitan
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
6 jam lalu· Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026· Isu semasa
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026· Politik
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
September 24, 2026 · Isu semasa
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
September 24, 2026 · Isu semasa
Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama
September 24, 2026 · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
24 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok