Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan menjawab kritikan Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong.
Kritikan Pemuda MCA terhadap DAP yang gagal membela nasib kaum Cina menimbulkan rasa kurang senang seorang pemimpin parti tersebut.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan membidas MCA yang membuat dakwaan tidak berasas itu, sebaliknya menegaskan mereka
memperjuangkan semua bangsa dan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama.
Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi berkata, pihaknya turut menasihati MCA supaya mencari jalan bagi mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat.
“Berbanding dengan MCA yang hanya memperjuangkan isu komuniti Cina, DAP adalah parti berbilang bangsa yang memperjuangkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama.
“Jadi saya fikir daripada membuat dakwaan tidak berasas, lebih baik MCA cari jalan untuk mendapat sokongan semula daripada masyarakat Cina,” katanya dipetik laporan BH.
Semalam, MCA menegaskan peranan dan sumbangannya mampu mengembalikan sokongan rakyat terutama komuniti Cina kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, dilaporkan berkata ini didorong dapatan dan maklum balas di lapangan mempamerkan kekecewaan komuniti Cina yang dikatakan berpunca daripada kegagalan DAP membela nasib mereka.
Pada masa sama, Syahredzan turut meminta Choo Seong untuk bertanyakan kepada komuniti Cina, Melayu dan India sendiri berhubung rekod perkhidmatan wakil rakyat DAP dalam berbakti kepada mereka.
“Ketua Penerangan Pemuda MCA ini boleh sahaja tanya komuniti Cina di Parlimen Bangi bagaimana seorang wakil rakyat Melayu dari DAP membantu komuniti Cina di kawasan Parlimen ini.
“Tanya persatuan Cina, rumah ibadah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang ada di Parlimen Bangi. Saya yakin mereka akan beri respons positif.
“Pada masa yang sama, tanya juga komuniti Melayu dan India di sini bagaimana kami laksanakan tanggungjawab kami,” katanya.
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri