Pemimpin UMNO terima arahan iringi beberapa calon PN di pusat penamaan: Sumber

July 17, 2026 · Politik

Selepas penjajaran politik baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, beberapa pemimpin kanan UMNO dijadual mengiringi calon PN di pusat penamaan calon bagi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada gabungan itu.

Menurut sumber, kerusi terbabit ialah di DUN Klawang, Serting, Ampangan, Paroi, Bagan Pinang, Chuah dan Gemas.

Di DUN Klawang, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Jailani Johari dijadual mengiringi calon PN, manakala Ahli MKT, Jamil Khir akan mengiringi calon di Paroi.

Di Ampangan, tugas sama akan digalas oleh Ahli MKT UMNO, Azeez Rahim, sementara bekas Ahli MKT, Musa Sheikh Fadzil pula dijadual mengiringi calon PN di Bagan Pinang.

“Pemimpin UMNO di kawasan yang diserahkan kepada PN diminta hadir bersama calon gabungan pada hari penamaan calon sebagai tanda sokongan terhadap persefahaman yang dicapai,” kata sumber.

Sumber sama berkata, kebanyakan pemimpin terbabit merupakan penyelaras dan individu yang telah lama menggerakkan jentera parti di kawasan masing-masing.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan mengumumkan BN akan bertanding di 25 daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan, manakala baki 11 kerusi dimuktamadkan menerusi persefahaman dengan “rakan yang boleh dipercayai”.

Tidak lama kemudian, Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan gabungan itu akan meletakkan calon di kesemua 11 kerusi berkenaan, sekali gus melengkapkan kerjasama pilihan raya antara BN dan PN bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018.

Bagaimanapun, sumber memaklumkan keputusan menjalin kerjasama dengan PN masih menjadi topik perbincangan dalam kalangan pimpinan UMNO bahagian dan akar umbi di beberapa kawasan.

Menurutnya, sebahagian ketua bahagian serta penyelaras yang sebelum ini telah lama membuat persiapan menghadapi PRN berpendapat kerusi berkenaan wajar ditandingi calon UMNO memandangkan mereka telah membina jentera dan menggerakkan program di kawasan masing-masing sejak sekian lama.

“Ramai yang sudah bekerja bertahun-tahun dengan harapan dapat membawa panji BN di kawasan sendiri. Apabila kerusi diberikan kepada PN, sudah tentu ada yang kecewa, namun mereka tetap akur dengan keputusan pucuk pimpinan,” katanya pemimpin UMNO.

Sumber itu turut mendakwa sebahagian ahli lebih mudah menerima kerjasama dengan PAS berbanding Parti Wawasan, yang disifatkan masih baharu dalam landskap politik negara.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
7 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
7 jam lalu· Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
13 jam lalu· Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
6 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
7 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
15 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
15 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok