Pengerusi Belia Kebangsaan MCA, Ling Tian Soon membidas Nga Kor Ming.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dituntut memohon maaf kepada MCA ekoran tuduhan tidak berasas dibuatnya.
Gesaan tesebut dibuat Pemuda MCA yang menyifatkan Menteri DAP itu sengaja cuba menimbulkan persepsi tidak baik dengan tuduhan kononnya parti itu dilihat cuba memporak perandakan pentadbiran kerajaan perpaduan sejak dari mula.
Pengerusi Belia Kebangsaan MCA, Ling Tian Soon berkata, pihaknya amat kecewa dengan tindakan Kor Ming yang marah susulan kontroversi projek MyKiosk.
Ketua Ling Tian Soon, berkata tuduhan Nga yang dibuat susulan menjawab isu dibangkit MCA mengenai projek MyKiosk 2.0 adalah ‘tidak berasas’, selain menyatakan MCA dengan maklum balas diberikan.
Tian Soon berkata, MCA konsisten bersuara mengenai isu menjejaskan rakyat Malaysia demi memastikan pihak berwajib dan badan kerajaan menyelesaikannya.
“Walaupun kementerian lain biasanya memberi maklum balas dengan data dan fakta, Nga tidak berbuat demikian.
“Sebaliknya, beliau menuduh MCA mempunyai agenda menyertai Perikatan Nasional (PN). Gaya bahasanya tidak menghormati dan tidak cocok untuk seorang menteri Kabinet,” katanya sambil menambah Nga boleh memilih untuk memperbetulkan MCA jika berlaku kesilapan.
Pada sidang media dua hari lalu, Kor Ming berkata, MCA ‘parti paling teruk’ walaupun menjadi sebahagian kerajaan perpaduan, parti berkenaan sentiasa cuba menjatuhkan imej kerajaan dan agar ‘dapat keluar dan masuk PN’.
Semalam, Pemuda MCA Selangor memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru siasatan dibuat ke atas projek MyKiosk bernilai RM250 juta di bawah kementerian Kor Ming.
Ketuanya Tan Jie Sen, mendakwa meskipun melalui pelaburan signifikan, hanya lebih separuh daripada kiosk itu telah diduduki.
Sebelum ini, Pemuda MCA Pahang mempersoal mengapa kerajaan membayar antara RM25,000 hingga RM34,000 bagi sebuah kiosk, mengambil kira harga pasaran hanya RM12,800 seunit.
Kor Ming menjelaskan, harga RM25,000 yang dijadikan isu adalah taktik untuk mengkritik projek berkenaan, sedangkan ia sudah termasuk kos solar panel, kipas, dapur, pengangkutan, pemasangan dan lokasi.
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum