Pemuda PKR sindir kenyataan Hadi isu ‘syaitan bisu’

January 20, 2026 · Politik

Sayap Pemuda PKR menyindir pendekatan presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang didakwa gemar melabel pihak tidak sehaluan sebagai jahat berdasarkan tafsiran peribadinya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata naratif sedemikian bukan sesuatu yang baharu dan sering muncul setiap kali wujud perbezaan pandangan politik.

Menurut Kamil, kecenderungan Abdul Hadi melontarkan gelaran keras terhadap lawan politik menunjukkan sikap yang tidak membantu usaha membina politik matang.

“Jika Presiden PAS benci, maka setanlah orang atau kelompok itu. Sama ada setan itu bisu atau boleh bercakap, hanya Presiden PAS yang tahu,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Kenyataan itu dibuat susulan pendirian PAS yang menolak pelawaan Umno untuk membentuk apa yang digelar sebagai “gabungan agung” parti Melayu-Islam.

Abdul Hadi memberi alasan PAS enggan bekerjasama dengan pihak yang didakwa melibatkan “syaitan bisu” serta kumpulan yang tidak sehaluan dengan parti tersebut.

Istilah itu pernah digunakan PAS sejak beberapa dekad lalu bagi merujuk kepada individu atau kelompok yang tidak selari dengan perjuangan mereka.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi turut mendakwa cadangan perpaduan itu tidak mampu menyelesaikan perpecahan politik, malah menyifatkan parti dalam kerajaan perpaduan sedang “runtuh memakan diri”.

Mengulas lanjut, Kamil berkata PAS seharusnya lebih berhati-hati mengeluarkan label, khususnya terhadap parti-parti yang kini membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau juga secara sinis mencadangkan agar istilah “gabungan agung” ditukar ke bahasa Arab supaya lebih selari dengan selera PAS.

“Mungkin kolaborasi agung ini kena tukar ke bahasa Arab. Bunyi lebih syarie, macam tahalluf siyasi, walaupun maksudnya sama,” katanya.

Kamil turut menyentuh isu kepimpinan negara yang sering dikaitkan dengan kelayakan agama tertentu.

Menurutnya, sejarah membuktikan negara ini dipimpin oleh pelbagai latar belakang sejak era Tunku Abdul Rahman hingga Anwar Ibrahim.

“Kalau ikut ukuran fuqaha semata-mata, dari Tunku sampai PMX, semua tak layak pimpin negara,” katanya.

Berita berkaitan
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
17 jam lalu· Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
19 jam lalu· Politik
Annuar sahkan rundingan PAS-UMNO, kerjasama gagal dimeterai untuk PRN Johor: Laporan
20 jam lalu· Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
June 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
14 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
16 jam lalu · Politik
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
17 jam lalu · Politik
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
20 jam lalu · Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok