Pemuda UMNO Pahang bidas Lokman, dakwa jadi liabiliti kepada parti

August 23, 2025 · Politik

Pemuda UMNO Pahang membidas Lokman Noor Adam, atas kenyataannya yang didakwa memburukkan imej parti dan menyerang Ketua Pemuda, Dr. Akmal Saleh.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim, dalam kenyataannya berkata kenyataan kontroversi Lokman baru-baru ini tidak bertanggungjawab dan hanya menjadikannya “liabiliti terbesar” kepada UMNO.

“Tuduhan fitnah yang dilemparkan beliau bukan sahaja tidak berasas, malah menyerlahkan sikapnya sebagai barua kepada pihak lawan.

“Sebagai Pengarah Komunikasi UMNO, beliau seharusnya membela parti, bukan merosakkan maruahnya,” katanya dipetik laporan MG.

Mohd Kamil turut menggesa UMNO Bahagian Wangsa Maju, bahagian yang diwakili Lokman untuk mengambil tindakan tegas menolak “politik sempit” yang dibawanya.

Beliau juga menyeru UMNO Pusat mengkaji semula semua jawatan yang dipegang Lokman dalam parti.

“UMNO tidak boleh lagi dibebani dengan liabiliti bernama Lokman Adam,” ujarnya lagi.

Kenyataan ini berikutan video tular di media sosial yang memaparkan Lokman secara sarkastik menggelar Dr. Akmal sebagai “Ketua Pemuda H2O” dan mendakwa beliau mempunyai agenda tersembunyi untuk menyokong Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri.

Lokman sebelum ini telah beberapa kali mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang mengkritik kepimpinan parti secara terbuka.

Berita berkaitan
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
16 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
October 24, 2026· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
8 jam lalu · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
16 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
16 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok