Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun

May 25, 2026 · Isu semasa

Pencalonan bagi Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 akan dibuka mulai 4 hingga 22 Jun depan dengan sebanyak 62 kategori dipertandingkan melibatkan penyiaran televisyen, radio dan media baharu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, penganjuran ASA edisi ke-37 itu membawa tema “Segalanya Bermula Di Sini” yang menggambarkan perkembangan industri penyiaran negara daripada era radio kepada platform digital masa kini.

Beliau berkata, ASA bukan sekadar medan pengiktirafan kepada bakat di hadapan kamera dan mikrofon, malah turut menghargai sumbangan tenaga kerja di belakang tabir yang menggerakkan industri kreatif negara.

“ASA telah menjadi platform penting untuk mengangkat martabat industri penyiaran tempatan sejak diperkenalkan pada 1972.

“Ia juga mencerminkan evolusi kandungan dan kreativiti penggiat media negara,” katanya ketika Majlis Pelancaran Pencalonan ASA 2026 hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 40 kategori televisyen, 17 kategori radio, tiga kategori media baharu dan dua kategori khas dipertandingkan tahun ini.

Katanya, kategori “Pengulas Radio Terbaik” turut dipertandingkan semula selepas mendapat sambutan baik daripada pemain industri.

Untuk melayakkan penyertaan, semua pencalonan perlu dikemukakan menerusi organisasi penyiaran berlesen, manakala kandungan audio dan audiovisual mestilah pertama kali disiarkan antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025.

Anugerah Seri Angkasa merupakan acara berprestij industri penyiaran negara yang dianjurkan Kementerian Komunikasi sejak lebih lima dekad lalu bagi mengiktiraf karya berkualiti serta kecemerlangan penggiat media tempatan.

Maklumat lanjut mengenai syarat dan penyertaan boleh diperoleh menerusi laman rasmi Anugerah Seri Angkasa (www.anugerahseriangkasa.gov.my)

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026

Kategori TV

1. Drama TV Terbaik
2. Drama Bersiri TV Terbaik
3. Pengarah Drama TV Terbaik
4. Skrip Drama TV Terbaik
5. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
6. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
7. Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
8. Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
9. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik
10. Pelakon Komedi TV Terbaik
11. Dokumentari TV Terbaik
12. Majalah TV Terbaik
13. Bicarawara TV Terbaik
14. Hiburan Muzikal TV Terbaik
15. Komedi TV Terbaik
16. Rancangan Agama TV Terbaik
17. Rancangan Sukan TV Terbaik
18. Liputan Sukan TV Terbaik
19. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
20. Animasi Tempatan TV Terbaik
21. PSA & Kapsul TV Terbaik
22. Montaj TV Terbaik
23. Pengacara TV Terbaik
24. Pengulas TV Terbaik
25. Buletin TV Terbaik
26. Liputan Berita TV Terbaik
27. Laporan Khas Berita TV Terbaik
28. Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik
29. Penyampai Berita TV Terbaik
30. Wartawan TV Terbaik
31. Jurukamera TV MCP Terbaik
32. Jurukamera TV SCP Terbaik
33. Suntingan Rancangan TV Terbaik
34. Penataan Cahaya TV Terbaik
35. Audio Rancangan TV Terbaik
36. Pengimbang Muzik TV Terbaik
37. Set TV Terbaik
38. Tatarias TV Terbaik
39. Grafik TV Terbaik
40. Kesan Khas TV Terbaik

Kategori Radio

1. Drama Radio Terbaik
2. Skrip Drama Radio Terbaik
3. Pelakon Drama Radio Terbaik
4. Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik
5. Majalah Radio Terbaik
6. Dokumentari Radio Terbaik
7. Bicarawara Radio Terbaik
8. Hiburan Radio Terbaik
9. Rancangan Agama Radio Terbaik
10. PSA dan Kapsul Radio Terbaik
11. Penyampai Radio Lelaki Terbaik
12. Penyampai Radio Wanita Terbaik
13. Pengulas Radio Terbaik
14. Penyampai Berita Radio Terbaik
15. Buletin Radio Terbaik
16. Liputan Berita Radio Terbaik
17. Pengimbang Audio Radio Terbaik

Kategori Media Baharu

1. Drama/ Drama Bersiri/ Drama Mikro Terbaik
2. Video Pendek Terbaik
3. Podcast Terbaik

Anugerah Khas

1. Khas Juri
2. Tokoh Seri Angkasa

Berita berkaitan
MCMC arah turunkan lebih 271,000 kandungan scam dan judi online
20 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh kerjasama banteras scam dalam talian dengan GASA: Fahmi
20 jam lalu· Isu semasa
Banyak akaun palsu digunakan untuk hasilkan kandungan 3R: Fahmi
23 jam lalu· Isu semasa
FINAS, TikTok Malaysia lancar Program Belia Kreatif
24 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
May 25, 2026 · Isu semasa
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
May 25, 2026 · Isu semasa
Institusi tempatan dominasi pembelian saham, kekalkan momentum positif
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh, sentimen pasaran global makin positif
2 jam lalu · Isu semasa
Misi Bantuan Gaza diteruskan, GSF akan adu ke Mahkamah Antarabangsa
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok