Pendakwaan kes rasuah MP Padang Serai berlaku semasa MB lama: Sanusi

December 9, 2025 · Politik

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan sebarang pembabitan dalam Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot yang dikaitkan dengan kes rasuah, dengan menegaskan projek itu berlaku sebelum beliau memegang jawatan tersebut.

Beliau berkata, projek berkenaan dirancang pada 2020 ketika Kedah diterajui Mukhriz Mahathir, manakala Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasruddin merupakan antara anggota EXCO kerajaan negeri pada waktu itu.

“Saya tak tahu, itu zaman sebelum saya jadi Menteri Besar. Saya pun hanya tahu melalui laporan media. Yang bagi orang lain, yang ambil orang lain, yang kena pun orang lain,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Sanusi, Azman yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam turut mengaitkan pendakwaan itu dengan motif politik melalui sidang medianya.

Sanusi turut menjelaskan projek fidlot berkenaan sepatutnya berada di bawah kendalian Kedah Agro Holding Berhad (KAHB), namun operasi syarikat itu telah dihentikan tahun lalu.

“Kedah Agro sudah ditutup. Bila tutup maknanya tak ada lagi aktiviti, tutup buku. Kita laksanakan Skim Pemisahan Sukarela dan hentikan operasi. Sekarang syarikat swasta ambil alih tanpa pembabitan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau menegaskan kes itu adalah kes lama yang berlaku sebelum 2020 dan melibatkan pentadbiran serta barisan EXCO yang berbeza.

Semalam, Azman bersama seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, didakwa atas tuduhan rasuah berkaitan projek usahasama ternakan lembu di Ladang Fidlot Kedah Agro.

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa bersubahat untuk menerima RM400,000 sebagai dorongan meluluskan projek daripada Kedah Agro Holding Berhad pada 23 Jun 2020 di Bandar Baru Bangi. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
1 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
1 jam lalu· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
1 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
2 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
2 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok