Pendedahan RCI TH dibuat demi kepentingan negara: Anwar

September 16, 2026 · Isu semasa

Keputusan kerajaan membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Parlimen dibuat atas pertimbangan kepentingan negara, bukannya bermotifkan politik atau pilihan raya, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat secara bersama oleh Jemaah Menteri selepas mengambil kira keadaan dan kesediaan pihak pengurusan TH untuk menangani kedudukan kewangan institusi berkenaan.

Menurut Anwar, pembentangan laporan itu sebelum ini ditangguhkan atas permintaan TH bagi memberi ruang kepada institusi tersebut melaksanakan penstrukturan semula perniagaan serta menyediakan pelan penyelesaian kewangan.

“Tabung Haji minta tolong jangan hebahkan sekarang. Kalau kita hebah sekarang, masalah, tak ada penyelesaian, orang akan lari dan Tabung Haji akan lumpuh. Itu dicadangkan oleh Lembaga Tabung Haji,” katanya.

Anwar berkata perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dengan Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain, hadir memberikan penjelasan berkaitan situasi kewangan dan langkah penyelesaian yang dicadangkan.

Beliau berkata kerajaan tidak wajar menangguhkan pendedahan laporan berkenaan semata-mata kerana mengambil kira jadual pilihan raya negeri atau Pilihan Raya Umum.

“Kalau pilihan raya negeri dibuat berturut-turut, bila hendak kita bentangkan? Jadi kita perlu buat keputusan demi kepentingan negara,” katanya ketika ditemui dalam audio siar *SembangOhhYeahh* bertajuk *Eps Khas: Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim, Di Sebalik Gelaran PMX?* yang disiarkan di YouTube hari ini.

Laporan RCI berkenaan mendedahkan pelbagai isu berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, termasuk anggaran kerugian RM12.5 bilion.

Anwar berkata kesan isu itu tidak kecil kerana ia melibatkan dana yang sepatutnya memberi manfaat kepada jutaan pendeposit, termasuk bakal jemaah haji serta golongan petani, nelayan dan generasi muda.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan terbuka sekiranya siasatan mahu diperluaskan kepada tempoh selepas 2020, termasuk ketika pentadbirannya.

“Jangan berhenti setakat 2020 sebab orang tanya juga apa yang berlaku semasa saya Perdana Menteri. Saya kata silakan. Kita kalau tak curi wang, kita tak takut. Siasatlah banyak mana pun,” katanya.

Anwar turut menegaskan beliau tidak akan mencampuri urusan pendakwaan atau hukuman, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada agensi penguat kuasa dan badan kehakiman.

Laporan RCI TH diterbitkan pada 29 Julai lalu, manakala Dewan Rakyat mengadakan sidang khas pada 11 Ogos untuk membahaskan laporan tersebut.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026 · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
8 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok