Pengambilan tanah Kg Sungai Baru dibuat secara tergesa-gesa pentadbiran terdahulu

October 9, 2025 · Isu semasa

Proses pengambilan tanah bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru pada 2021 didedahkan telah dilakukan dengan begitu pantas, iaitu hanya dalam tempoh tiga hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mendedahkan keputusan muktamad untuk meluluskan pewartaan tanah itu mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat dalam tempoh yang sangat singkat hingga menyebabkan semua tanah terbabit, termasuk kediaman flat dan lot teres, menjadi hak milik pemaju.

“Pewartaan bagi Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta 486 dilaksanakan pada 18 dan 21 Jun 2021, dalam tempoh tiga hari sahaja, iaitu Jumaat, Sabtu, dan Ahad,” jelas Dr Zaliha semasa sesi penerangan Hala Tuju Pembangunan Kampung Baru di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memaklumkan permohonan pemaju telah dipertimbangkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet KWP yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada masa itu, Annuar Musa, pada September 2020.

Syor daripada mesyuarat itu kemudiannya dibawa ke Jawatankuasa Kerja Tanah Kuala Lumpur dan diluluskan pada April 2021.

Dr Zaliha turut menjelaskan penggunaan akta tersebut ke atas penduduk yang tidak bersetuju adalah disebabkan ketiadaan dasar nilai ambang persetujuan di peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun 2020.

“KWP hanya pada 2021, menetapkan nilai ambang persetujuan sekurang-kurangnya 50 peratus sahaja,” katanya merujuk kepada Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur.

Mengenai isu pampasan, beliau menasihati penduduk yang tidak berpuas hati untuk menggunakan saluran undang-undang.

“Kita menghormati apa-apa keputusan mahkamah. Jika mahkamah memutuskan pemaju perlu menaikkan nilai pampasan, pemaju perlu laksanakannya,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, Dr Zaliha menegaskan proses perbicaraan tidak sepatutnya menghalang pembangunan Kampung Sungai Baru untuk diteruskan, sambil berharap kos penyelenggaraan kelak tidak membebankan penduduk yang akan kembali ke penempatan baharu.

Berita berkaitan
Annuar Musa akui rundingan PAS-UMNO masih berjalan di Negeri Sembilan pula
July 14, 2026· Politik
Annuar sahkan rundingan PAS-UMNO, kerjasama gagal dimeterai untuk PRN Johor: Laporan
June 26, 2026· Politik
PH umum calon PRN Johor Isnin ini: Zaliha
June 18, 2026· Politik
Annuar Musa cadang formula bahagi kerusi UMNO-PAS, bermula di Johor
June 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
6 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok