Pengangguran Malaysia turun kepada 2.9 peratus, peluang pekerjaan meningkat: DOSM

October 9, 2026 · Isu semasa

Kadar pengangguran di Malaysia menurun kepada 2.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding tiga peratus pada Julai, dengan jumlah penganggur berkurang sebanyak 8,700 orang kepada 511,600 orang.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan Statistik Tenaga Buruh bagi Ogos 2026 memaklumkan perkembangan itu mencerminkan keadaan pasaran buruh yang terus menunjukkan prestasi positif.

Bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus kepada 16.87 juta orang berbanding 16.85 juta orang pada Julai.

Seiring dengan perkembangan itu, jumlah tenaga buruh bertambah 0.1 peratus kepada 17.39 juta orang, manakala kadar penyertaan tenaga buruh meningkat kepada 71 peratus berbanding 70.9 peratus pada bulan sebelumnya.

DOSM memaklumkan kategori pekerja bergaji yang merangkumi 74.9 peratus daripada jumlah penduduk bekerja turut meningkat secara marginal sebanyak 0.1 peratus kepada 12.63 juta orang.

“Sehubungan itu, bilangan penduduk bekerja sendiri bertambah 0.2 peratus kepada 3.17 juta orang berbanding 3.16 juta orang pada Julai 2026,” menurut kenyataan itu.

Dalam kalangan penganggur, mereka yang aktif mencari pekerjaan dan bersedia untuk bekerja merangkumi 79.2 peratus daripada keseluruhan penganggur. Jumlah kumpulan itu menurun 1.8 peratus kepada 405,100 orang berbanding 412,600 orang pada Julai.

DOSM turut melaporkan 64.2 peratus daripada penganggur aktif telah menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala mereka yang menganggur melebihi setahun merangkumi lima peratus.

Bilangan penganggur tidak aktif yang percaya tiada pekerjaan tersedia turut berkurang 1.2 peratus kepada 106,500 orang.

Bagaimanapun, pengangguran dalam kalangan belia masih menjadi cabaran. Kadar pengangguran bagi kumpulan berumur 15 hingga 24 tahun menurun 0.1 mata peratus kepada 10.1 peratus, melibatkan 291,300 orang.

Bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun pula, kadar pengangguran turut turun 0.1 mata peratus kepada 6.3 peratus, dengan jumlah penganggur seramai 394,600 orang.

Sementara itu, bilangan penduduk di luar tenaga buruh menurun secara marginal sebanyak 4,500 orang kepada 7.11 juta orang pada Ogos.

Golongan yang menguruskan rumah tangga dan mempunyai tanggungjawab keluarga membentuk kumpulan terbesar dalam kategori itu, iaitu 43.6 peratus, diikuti mereka yang bersekolah atau menjalani latihan sebanyak 40.2 peratus.

DOSM berpandangan prestasi pasaran buruh yang berterusan positif terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Melangkah ke hadapan, peningkatan produktiviti pekerja melalui pemerkasaan kemahiran dan penggunaan teknologi adalah penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.4% tahun ini: Firma
October 18, 2026· Isu semasa
Ekonomi negara kekal berkembang, sektor pembuatan mengukuh
October 16, 2026· Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
September 21, 2026· Isu semasa
Pulau Pinang, Johor dan Selangor pacu dagangan negara: DOSM
August 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
5 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
21 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
22 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok