Skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara melibatkan.
Skandal 1MDB mungkin sudah bertahun berlalu, namun kesan kewangannya masih dirasai rakyat apabila Kerajaan Persekutuan terus menanggung komitmen hutang dan faedah berkaitan syarikat pelaburan itu sehingga 2039.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy berkata, berdasarkan jawapan rasmi Kementerian Kewangan di Parlimen pada 9 Julai lalu, kerajaan sudah membayar RM42.5 bilion bagi hutang dan komitmen berkaitan 1MDB setakat 31 Mei 2026.
Menurutnya, kerajaan masih perlu menanggung RM5 bilion prinsipal dan RM3.9 bilion faedah Sukuk IMTN sehingga tempoh matang pada 2039.
“Ini menjadikan keseluruhan tanggungan sekitar RM51.4 bilion. Persoalannya, siapa yang akhirnya menanggung kos RM51.4 bilion ini?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sivamalar berkata, komitmen kewangan itu menggunakan sumber kewangan negara, sekali gus memberi kesan kepada wang awam dan pembayar cukai.
Beliau berkata, tempoh tanggungan yang masih berlanjutan sehingga 2039 menunjukkan isu 1MDB bukan sekadar sejarah lama, sebaliknya masih memberi kesan kepada kedudukan kewangan negara.
“Ini bermakna kesan kewangan 1MDB bukan sahaja dirasai hari ini, malah masih membebankan kewangan awam untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.
Menurutnya, jumlah RM51.4 bilion itu amat besar dan boleh memberi manfaat kepada rakyat sekiranya dapat disalurkan kepada sektor seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, perumahan serta bantuan kepada keluarga yang berdepan tekanan kos sara hidup.
Sivamalar berkata, rakyat mempunyai hak untuk terus mempersoalkan pengurusan dana awam dan memastikan setiap sen wang negara diurus secara bertanggungjawab.
“Ini bukan soal dendam politik. Ini soal amanah, akauntabiliti dan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau turut mengingatkan pihak yang diberikan kuasa supaya tidak mengambil mudah tanggungjawab mengurus kewangan negara kerana sebarang penyalahgunaan amanah akhirnya boleh memberi kesan kepada rakyat.
“Rakyat tidak sepatutnya menjadi pihak yang menanggung akibat daripada kegagalan mengurus amanah dan kewangan negara,” katanya.
Skandal 1MDB sebelum ini mencetuskan siasatan dan tindakan undang-undang di Malaysia serta beberapa negara lain. Walaupun pelbagai usaha pemulihan aset dan penyelesaian kewangan telah dilaksanakan, komitmen hutang berkaitan 1MDB masih menjadi beban kepada kewangan kerajaan.
Zahid jangan bawa politik ‘budak-budak’ ke Putrajaya: Mahfuz
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
‘Penguatkuasaan undang-undang bukan serangan terhadap UMNO’ – Sheikh Umar
DUN Melaka bakal bubar, Ab Rauf beri bayangan bulan ini
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM semak kekayaan anak Azeez
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum