Peningkatan kes HIV dikalangan pelajar IPT membimbangkan, kata Menteri Agama

July 3, 2025 · Isu semasa

Kerajaan memandang serius susulan peningkatan kes HIV antara tahun 2020 hingga 2024 sebanyak dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kata Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata laporan sebanyak 1,091 kes direkodkan itu adalah perkara serius dan menyifatkannya berpunca daripada kejatuhan moral anak-anak muda yang terlalu hidup bebas.

“Gejala sosial dan keruntuhan nilai moral menjadi punca utama kepada peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan anak muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im berkata sudah tiba masanya masyarakat menghentikan normalisasi maksiat atas nama kebebasan peribadi.

Beliau turut menitipkan nasihat kepada pelajar dan anak muda supaya mereka menjaga maruah dan jaga nilai diri.

“Agama bukan sekadar pelajaran, ia panduan kehidupan. Hiduplah dengan prinsip, bukan sekadar ikut arus,” katanya.

Mohd Na’im berkata pendidikan, kesedaran dan penguatkuasaan perlu berjalan seiring.

“Agensi agama, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan mesti berganding bahu untuk menyelamatkan generasi pewaris negara.

“Kerajaan Madani komited membina masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi intelek, tetapi juga sihat dari segi akhlak dan spiritual,” katanya.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata sebanyak 222 kes baharu jangkitan HIV dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) direkodkan tahun lalu membabitkan golongan muda seawal usia 18 dan 19 tahun menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan sebanyak 3,185 kes.

Beliau berkata intervensi lebih agresif perlu dilaksanakan termasuk mempertimbangkan strategi pengurangan kemudaratan yang disesuaikan untuk golongan belia.

Berita berkaitan
Menteri Agama: Tiada kompromi dalam siasatan RCI TH
August 9, 2026· Isu semasa
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
June 23, 2026· Isu semasa
Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar bagi galakkan budaya membaca: PMX
May 29, 2026· Isu semasa
Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan
May 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok