Kes saman Hannah Yeoh terhadap Kamarul Zaman Yusoff.
Mahkamah memerintah seorang pensyarah, Kamarul Zaman Yusoff membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 kepada Hannah Yeoh.
Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini menyaman Kamarul Zaman ekoran hantaran fitnah dibuatnya pada 2017 lalu.
Dalam keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Hakim Aliza Sulaiman memutuskan Yeoh dibayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk bagi setiap hantaran fitnah dibuat Kamarul Zaman.
Kamarul Zaman juga diarah membayar kos guaman sebanyak RM80,000.
Menurut laporan portal, Aliza bagaimanapun menolak permintaan Yeoh agar Kamarul Zaman membuat permohonan maaf secara terbuka.
Laporan sama menyatakan, Kamarul Zaman – yang tidak hadir semasa prosiding hari ini – bercadang untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Yeoh memfailkan saman terhadap Kamarul Zaman pada 2022 melibatkan hantaran Facebook masing-masing bertarikh 10 Mei dan 17 Mei 2017.
Melalui hantaran berkenaan Kamarul Zaman mendakwa Ahli Parlimen Segambut itu mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya dan mahu mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.
Dia membuat dakwaan tersebut dengan memetik kandungan buku biografi Yeoh, Becoming Hannah: A Personal Journey.
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih