Penutupan jalan hanya untuk sementara Semasa Sidang Kemuncak ASEAN: Fahmi

October 22, 2025 · Isu semasa

Penutupan jalan dan lencongan trafik semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hanya bersifat sementara dan akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu memaklumkan langkah-langkah ini hanya akan dilaksanakan pada waktu-waktu tertentu sahaja bagi memudahkan pergerakan delegasi antarabangsa yang menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

“Secara amnya, jalan-jalan yang terjejas akan ditutup secara berperingkat dan hanya buat sementara waktu.

“Bagaimanapun, di kawasan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, akses akan dihadkan, terutamanya pada hari Ahad (26 Okt) ini. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan para delegasi ke lokasi,” jelas Fahmi pada satu sidang media di Pusat Media Antarabangsa hari ini.

Fahmi menambah pihaknya telah meminta stesen televisyen, radio dan agensi berita untuk menyampaikan maklumat ini secara berterusan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Fahmi turut mendedahkan lebih daripada 290 agensi media akan membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang menandakan kemuncak Pengerusi Malaysia bagi pertubuhan serantau itu.

Seramai 1,277 anggota media asing telah berdaftar, dengan Jepun mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 314 orang, diikuti oleh Amerika Syarikat (181) dan Republik Korea (101).

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang mengusung tema “Inklusiviti dan Kelestarian” ini akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.

Ia dijangka menjadi antara sidang kemuncak terbesar dalam sejarah blok serantau itu, dengan kehadiran beberapa pemimpin dunia.

Berita berkaitan
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026· Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
January 23, 2026· Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
January 23, 2026· Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
6 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
6 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
January 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok