Perbahasan isu harga minyak perlu berasas fakta: Anwar

April 4, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa agar perbincangan mengenai kenaikan harga minyak perlu dibuat secara berasaskan ilmu dan fakta, bukan retorik politik semata-mata, ketika kerajaan berdepan tekanan global akibat krisis tenaga.

Beliau berkata kerajaan masih berusaha mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter, yang disifatkan antara paling rendah di dunia walaupun konflik di Asia Barat memberi kesan besar kepada harga bahan bakar global.

“Dalam keadaan gawat, kita masih kekalkan harga RON95 antara paling rendah. Bila kita kurangkan kuota daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, itu pun dikritik,” katanya ketika berucap pada majlis bersama warga dan bekas pelajar SMK Clifford.

Menurut beliau, kerajaan turut menanggung subsidi diesel yang mencecah sekitar RM6 bilion sebulan bagi sektor tertentu seperti petani, nelayan dan pengangkutan awam.

“Untuk diesel, memang ada kesan kepada rakyat, tetapi subsidi itu mencecah RM6 bilion sebulan. Bayangkan dalam 10 bulan sudah RM60 bilion,” katanya.

Anwar turut mengingatkan hasil negara perlu diurus dengan seimbang, termasuk keperluan percukaian, bagi memastikan kelangsungan ekonomi.

“Kalau nak elak cukai, orang marah. Tapi kalau tiada hasil, negara juga tidak boleh berjalan. Jadi ini masa untuk kita bincang secara baik, kerajaan dan pembangkang, jangan keluarkan kenyataan tanpa asas ilmu,” katanya.

Beliau turut mengajak rakyat menilai situasi global, termasuk kenaikan harga minyak di negara jiran seperti Singapura dan gangguan bekalan di beberapa negara ASEAN, sebagai perbandingan kepada keadaan di Malaysia.

Sebagai langkah berjimat, kerajaan juga mengambil keputusan mengurangkan perbelanjaan termasuk membatalkan lawatan luar negara menteri susulan peningkatan kos.

Mengulas lawatan singkatnya ke Jakarta, Anwar menjelaskan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto dibuat atas keperluan keselamatan negara.

“Saya pergi hanya beberapa jam untuk berbincang perkara penting dan terus pulang. Ini tanggungjawab kepada negara,” katanya.

Krisis tenaga global yang berpunca daripada ketegangan geopolitik sejak beberapa tahun kebelakangan ini terus memberi tekanan kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia, sekali gus menjadikan isu subsidi bahan api antara cabaran utama kerajaan ketika ini.

Berita berkaitan
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
2 jam lalu· Isu semasa
Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global
2 jam lalu· Isu semasa
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
2 jam lalu· Politik
PMX pertahan bantuan ke Gaza, tanda prihatin berterusan sesama umat Islam
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pergerakan pasaran bursa dijangka kekal berhati-hati minggu depan
18 jam lalu · Isu semasa
Harga barang kekal stabil selagi bekalan cukup: Mohamad Sabu
April 4, 2026 · Isu semasa
Madani Mart akan dibuka di setiap DUN, tawar harga berpatutan
April 4, 2026 · Isu semasa
Fahmi rakam ucapan takziah atas pemergian Ling Liong Sik
April 4, 2026 · Isu semasa
159 berita palsu berhubung krisis tenaga diturunkan MCMC
April 3, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok