Ketua Cabang PKR Bakri, Md Ysahrudin Kusni.
PKR Cabang Bakri menyifatkan penganjuran perhimpunan ’Turun Anwar’ hanya berniat untuk memfitnah kerajaan dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ketua Cabang PKR Bakri, Md Ysahrudin Kusni berkata perhimpunan tersebut hanya cubaan untuk menghasut orang ramai membenci kerajaan dengan menabur fitnah dan tohmahan liar terhadap kerajaan perpaduan.
“Himpunan Turun Anwar sarat dengan laungan penindasan dan hentikan kezaliman sedangkan realitinya semua tuduhan itu hanyalah tohmahan fitnah yang tidak berasas.
“Tindakan ini bukan sahaja mencerminkan politik sempit, malah cuba menghasut rakyat dengan naratif yang direka untuk kepentingan politik semata-mata.
“Rakyat harus menolak taktik politik kotor dan penuh fitnah dimainkan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.
Himpunan itu yang dianjurkan pembangkang bermula sejak pagi tadi, peserta berkumpul di empat lokasi sekitar pusat bandar sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka bagi menuntut Anwar meletakkan jawatan.
Mengulas lanjut, Md Ysahrudin berkata, kerajaan Anwar sebaliknya sentiasa berusaha mendengar suara dan rintihan rakyat.
Sebagai contoh, katanya, pengumuman khas Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia Rabu lalu memberi fokus kepada keperluan sebenar rakyat termasuk isu kos sara hidup, pekerjaan dan pembangunan ekonomi.
Jelasnya, ia membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil langkah proaktif untuk kebajikan negara.
Justeru rakyat harus menolak taktik politik kotor dan penuh fitnah yang dimainkan pihak pembangkang.
“Malaysia memerlukan kesatuan fikiran dan tindakan untuk terus bergerak maju, bukannya perpecahan yang dihasut oleh pihak yang mementingkan agenda peribadi.
“Oleh itu kami menyeru semua pihak untuk bersama-sama membina masa depan negara yang lebih baik dengan sokongan terhadap dasar-dasar yang berpaksikan keadilan sosial, pembangunan inklusif dan integriti,” katanya.
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen