Perincian subsidi bersasar RON95 diumum akhir Sept: Laporan

August 25, 2025 · Isu semasa

Kerajaan kekal dengan perancangan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 dan perincian lanjutnya dijangka diumumkan menjelang akhir September 2025.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu perlu berikutan dasar subsidi pukal yang diamalkan sejak sekian lama hanya membebankan fiskal negara dan tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat.

“Maka sebab itu atas semangat sama, penyasaran subsidi petrol RON95 sepertimana (juga) subsidi elektrik dan diesel, tidak menjejaskan rakyat terbanyak,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta penjelasan mengenai indikator dan asas penentuan digunakan kerajaan untuk menyenaraikan individu atau isi rumah dalam kategori T15 (isi rumah dengan 15 peratus teratas dari segi pendapatan bulanan) serta bentuk notifikasi, saluran pengesahan dan sistem rayuan yang akan diwujudkan bagi melindungi hak rakyat dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95.

Menjelaskan selanjutnya, Amir Hamzah berkata kerajaan juga kini di fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama dengan semua pihak berkepentingan. – Bernama

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
KPDN tunggu analisis 27 sampel petrol disyaki bercampur air
October 18, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
October 12, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR dan SARA naik kepada RM16 bilion, bantu rakyat hadapi kos sara hidup
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
12 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok