Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menjelaskan peruntukan pembangunan yang besar untuk Sabah adalah berdasarkan keperluan sebenar negeri itu dan bukan satu isu yang perlu dipertikaikan.
Perdana Menteri berkata kerajaan komited untuk memastikan tiada negeri yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara, malah peruntukan khas untuk Sabah telah meningkat secara signifikan daripada hanya RM126 juta sebelum ini kepada RM300 juta pada 2023 dan diunjurkan mencecah RM600 juta pada 2025.
Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk Sabah pada 2025 dan unjuran 2026 dijangka sekitar RM17 bilion.
“Berapakah belanja yang kita peruntukkan pada 2025 dan unjuran 2026? RM17 bilion. Ini bukan kerana pertimbangan khusus untuk Sabah.
“Ini kerana keperluan kita membina lebuh raya yang belum ada atau belum siap, bekalan air yang masih belum siap,” jelasnya semasa majlis Amanat Integriti Perdana Menteri & AIGA 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Anwar turut menyentuh mengenai pembangunan bekalan elektrik, di mana Kerajaan Persekutuan terus memberi sokongan kewangan sebanyak RM1.2 bilion walaupun kuasa telah diserahkan kepada negeri.
Beliau menekankan pendekatan ini diambil bagi memastikan kelancaran projek-projek penting untuk rakyat.
“Hasil dari Sabah RM10 bilion, belanja untuk Sabah RM17 bilion bagi saya bukan isu. Itu ikut keperluan,” tambahnya lagi.
Tegasnya, kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana negeri terus ketinggalan hanya kerana perbezaan politik.
“Kita tidak boleh biarkan negeri yang kekurangan terus ketinggalan hanya kerana berbeza pandangan politik. Ini soal keperluan rakyat dan amanah kerajaan,” ujarnya.
Anwar turut mengulangi komitmen kerajaan untuk meneruskan rundingan dengan Kerajaan Sabah berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri seperti termaktub dalam MA63.
Beliau bahawa semangat perpaduan dan pertimbangan keperluan semua rakyat menjadi teras dalam setiap keputusan yang dibuat.
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
PAS mahu jaga keharmonian, tak terima kemasukan Wan Fayhsal
Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa