Pesara rugi hampir RM1 juta terpedaya pelaburan AI palsu

July 1, 2026 · Isu semasa

Seorang pesara kerajaan kerugian hampir RM1 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) sebagai umpan untuk memperdayakan mangsa dengan janji pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Mukah, Muhamad Rizal Alias berkata,pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 56 tahun itu pada jam 2.20 petang semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa mula tertarik dengan iklan pelaburan yang dipromosikan menerusi Facebook pada 22 Disember 2025 sebelum menghubungi seorang individu dikenali sebagai ‘Kamil’.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang dikendalikan beberapa individu lain yang mendakwa mewakili syarikat pelaburan berkenaan.

“Mangsa dipujuk menyertai pelaburan melalui platform dinamakan Setia Capital Trading dengan modal permulaan RM300,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sindiket berkenaan mendakwa pelaburan itu diuruskan menggunakan sistem AI Robot Auto-System Trade yang kononnya mampu menjana keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek memaparkan rekod keuntungan yang didakwa meningkat sehingga RM87,124.

Namun, apabila mangsa mahu mengeluarkan keuntungan tersebut, dia diminta membuat pelbagai bayaran termasuk yuran jualan balik, perlindungan keselamatan bank, bayaran naik taraf dan caj lain.

“Suspek turut memberi jaminan semua bayaran itu akan dipulangkan bersama keuntungan pelaburan,” katanya.

Muhamad Rizal berkata, sepanjang tempoh 22 Disember 2025 hingga 6 Mac 2026, mangsa telah melakukan sebanyak 88 transaksi ke 32 akaun individu berbeza melibatkan enam bank dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM914,209.

Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya diperdaya selepas gagal memperoleh sebarang keuntungan atau mendapatkan semula modal yang dilaburkan sebelum membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berita berkaitan
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
October 28, 2026· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
17 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
19 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
20 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
October 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok