PH fokus manifesto, Aminuddin enggan layan fitnah

July 23, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) memilih untuk tidak melayan serangan politik atau dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah sepanjang baki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata gabungan itu akan memberi tumpuan kepada penjelasan manifesto dan tawaran kepada rakyat.

Katanya, pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya dan gabungan itu termasuk dakwaan kononnya menjadi ‘boneka DAP’, namun semuanya tidak disertakan dengan bukti.

“Serangan itu tidak memberi kesan kepada kami. Apa yang kami tawarkan kepada rakyat sudah diterjemahkan menerusi manifesto.

“Itulah yang lebih penting daripada melayan andaian dan fitnah yang dimainkan pihak lawan,” katanya pada sidang media di Port Dickson, hari ini.

Beliau berkata, PH lebih mengutamakan usaha meyakinkan pengundi melalui rekod pentadbiran dan perancangan masa depan berbanding terlibat dalam perang kenyataan dengan pihak lawan.

Menurutnya, barisan calon yang diketengahkan PH pada PRN kali ini mempunyai pengalaman serta kemampuan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri sekiranya diberikan mandat sekali lagi.

Aminuddin berkata, rakyat juga mampu membuat penilaian sendiri terhadap prestasi kerajaan negeri sepanjang tempoh pentadbiran sebelum ini.

“Perdana Menteri sudah umum beberapa kali saya calon Menteri Besar, jadi saya perlu bekerja bukan lagi 100 peratus, tetapi 200 peratus bersama seluruh pasukan bagi memastikan kemenangan PH.

“Saya akan memastikan kita mampu mengorak langkah. Sebab itu kita nampak calon-calon PH kali ini mampu memberikan saingan dengan pengalaman dan kebolehan mereka.

“Mereka juga mampu melaksanakan amanah ini dengan baik, insya-Allah,” katanya.

Kempen pilihan raya kini memasuki fasa akhir dengan semua parti politik giat mendekati pengundi bagi meraih sokongan menjelang hari pengundian.

Dalam tempoh itu, persaingan turut menyaksikan pelbagai dakwaan dan serangan politik antara parti yang bertanding, namun PH menegaskan fokusnya kekal kepada penyampaian dasar serta tawaran kepada rakyat.

 

Berita berkaitan
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
July 27, 2026· Isu semasa
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
16 jam lalu· Politik
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
19 jam lalu· Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
2 jam lalu · Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
2 jam lalu · Politik
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
5 jam lalu · Politik
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
8 jam lalu · Politik
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
9 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok