Ketua Cabang PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi.
Ketua Cabang PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi, mempertahankan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mengenakan denda RM100,000 terhadap dua akhbar tempatan, Sin Chew Daily dan Sinar Harian.
Beliau menegaskan langkah itu adalah perlu bagi memperkukuh tanggungjawab dan etika kewartawanan dengan menyifatkan kesilapan yang dibuat dua media itu sebagai ‘berbahaya’ serta memberi kesan yang lebih merosakkan.
“MCMC tidak berniat menindas kebebasan bersuara, sebaliknya mahu menekankan peri pentingnya ketepatan dan tanggungjawab dalam industri media.
“Kebebasan bersuara adalah asas demokrasi, tetapi ia tidak bermakna kebebasan untuk menyebarkan maklumat salah tanpa sebarang akibat,” tegasnya.
Beliau memberikan contoh kesilapan Sin Chew Daily yang menyiarkan Jalur Gemilang dengan elemen tidak lengkap, serta laporan Sinar Harian yang secara tidak tepat mendakwa Ketua Polis Negara sebagai ahli parti politik.
“Kalau denda RM100,000 dianggap bahaya, maka kesilapan Jalur Gemilang itu sebenarnya bencana nasional. Ia menimbulkan kekecohan dan kekecewaan orang ramai. Itu jauh lebih berbahaya,” ujarnya.
Asheeq menekankan kedua-dua kesalahan itu berpunca daripada kegagalan proses semakan fakta.
Tindakan MCMC, katanya, adalah isyarat jelas bahawa kecuaian sedemikian tidak boleh diterima.
“Menuduh seseorang secara palsu jauh lebih berbahaya daripada denda yang dikenakan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan pegawai tertinggi polis.”
Beliau juga menambah denda tersebut dilaksanakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan telah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara.
“Denda ini bukan untuk menyekat kebebasan media, tetapi untuk melindungi integriti maklumat yang sampai kepada rakyat. Media bebas, tetapi mesti lebih profesional,” katanya.
Asheeq berharap kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pihak media agar memperkukuh kawalan editorial dan mengekalkan kepercayaan awam dalam era digital yang semakin mencabar.
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan