PKR Wilayah Persekutuan kecewa dengan Rafizi, persoal niat sebenar serang kerajaan

July 16, 2025 · Politik

Tindakan Rafizi Ramli yang lantang baru-baru ini dilihat seakan cuba merosakkan parti dari dalam, kata PKR Wilayah Persekutuan.

Pengerusi interim PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin mempersoalkan niat bekas timbalan presiden itu yang melawan arus dengan menjadikan kerajaan sebagai sasaran kritikannya kebelakangan ini.

“Saya dan ahli-ahli yang lain sangat-sangat kecewa. Apa niat dia sebenarnya?

“Apakah beliau berniat menghilangkan keyakinan anggota dan rakyat kepada parti dan kerajaan?

“Saya berpandangan tingkah laku Rafizi dilihat seperti berpatah arang selepas tidak dapat menerima realiti kekalahan baru-baru ini dan matlamatnya kini adalah untuk memastikan kerajaan ini semakin lemah tanpa keberadaannya dalam parti,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.

Azman yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, tindakan Rafizi itu juga jelas terpesong daripada landasan perjuangan sedia ada.

“Kalau pun ada yang tidak puas hati atau mahu kemukakan apa sahaja masalah, boleh gunakan saluran yang betul dengan menyuarakan pandangan kepada pimpinan parti dan kerajaan.

“Bagi saya, peringatan tegas perlu diberi kepada mana-mana anggota PKR yang gagal mematuhi disiplin untuk menggunakan saluran dalaman yang betul bagi kita mengelakkan kekeliruan naratif di luar sana.

“Isu-isu yang melibatkan imej institusi presiden dan pendirian parti perlu diurus dengan penuh hemah bukanlah dengan secara semberono boleh bercakap bukan-bukan tanpa mengambil kira kesannya kepada parti,” katanya lagi.

Jelas Azman lagi, sebagai bekas pemimpin kanan parti, Rafizi perlu lebih berjiwa besar dan matang dan memahami kesan terhadap kenyataan yang dikeluarkan.

“Saya ingin menasihatkan Ahli Parlimen Pandan ini bahawa dia masih anggota PKR yang tertakluk pada kod etika yang termaktub dalam perlembagaan parti dan perlu menunjukkan contoh yang baik sebagai ahli parlimen yang menyokong Kerajaan Madani.

“Secara peribadi saya percaya Rafizi masih mempunyai masa depan cerah dalam parti dan tidak perlu tergopoh-gapah serta beremosi dalam memastikan kesinambungan karier politik beliau,” jelasnya.

Azman juga yakin rakyat sudah semakin bijak menilai segala apa yang dilakukan oleh Rafizi ini dan boleh dapatkan berita sebenar pada saluran yang betul.

Sebelum ini, Rafizi bersama lapan lagi Ahli Parlimen PKR mengadakan sidang media menuntut untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu kehakiman.

Tuntutan RCI adalah satu tindakan yang secara langsung mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga Presiden PKR.

Biarpun isu kehakiman yang dibangkitkan Rafizi mungkin mempunyai meritnya, tetapi waktu dan cara ia diutarakan adalah sangat tidak wajar.

Tindakan ini disifatkan sebagai ‘menyerang’ dari belakang ketika Anwar sibuk dengan urusan negara dan lawatan antarabangsa, menyebabkan kerajaan Madani kelihatan goyah.

Berita berkaitan
Rafizi sebenarnya bersedia untuk dipecat, tak sangka PKR masih kekalkannya
March 8, 2026· Politik
Perjanjian dengan Arm Holdings dibuat ikut prosedur: Akmal Nasrullah
March 6, 2026· Isu semasa
SPRM nafi dakwaan bekas pembantu Rafizi, gesa tampil beri kerjasama
March 5, 2026· Politik
SPRM jejak bekas pegawai Rafizi berhubung siasatan satu kes
March 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
20 jam lalu · Politik
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
22 jam lalu · Politik
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
March 9, 2026 · Politik
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
March 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok