Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa kepada Majlis Raja-Raja (MRR), termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini, ketika dipanggil menghadap di Istana Negara pagi Selasa.
Anwar berkata, turut menyembah maklum kepada MRR mengenai kehadiran Donald Trump dan pendirian Malaysia tentang cadangan pendamaian Gaza yang dipelopori oleh Presiden Amerika Syarikat itu.
“Mesyuarat pramajlis Raja-Raja biasa (mengenai) perkembangan-perkembangan semasa, termasuk lawatan Trump dan beberapa isu dasar, selain persiapan Belanjawan 2026,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Yang Bersedia Menghadapi Masa Hadapan pada Selasa.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata Perdana Menteri tidak dapat menghadiri sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat untuk menjawab dua soalan yang telah disenaraikan kerana dipanggil menghadap MRR.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini di Kuala Lumpur, dijangka menjadi penganjuran terbesar dalam sejarahnya sekali kali pertama diadakan pada tahun 1976.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Jumaat ini. – Bernama
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?