PM zahir penghargaan kepada semua pihak menjayakan Sidang Asean Ke-46

May 29, 2025 · Isu semasa

Kecekapan, dedikasi dan semangat kerja berpasukan semua pihak menjadi faktor utama kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-46, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata segala urusan berjalan lancar hasil komitmen luar biasa daripada jentera kerajaan, termasuk rakyat yang memahami keperluan Malaysia dalam menganjurkan sidang kemuncak berkenaan.

“Saya lihat di semua peringkat, anak-anak kita, penjawat awam, semuanya hebat. Dari lapangan terbang, perbarisan, polis, Imigresen, MAHB (Malaysia Airports Holdings Bhd), pengurusan hotel, Kementerian Luar yang menyelaraskan, (hingga) Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan protokol.

“Saya pun pening dengan protokol, tapi saya hormat apa yang pegawai arahkan perdana menteri.

“Saya ikut (semua aturan protokol), kenapa? Sebab kita negara yang ada peraturan dan bekerja sebagai pasukan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof.

Sidang Kemuncak Asean ke-46 berakhir 27 Mei selepas beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian strategik.

Sepanjang dua hari, pemimpin Asean menyertai beberapa mesyuarat penting termasuk Sidang Kemuncak Asean-GCC ke-2, Sidang Kemuncak Asean-GCC-China pertama, dan Sidang Kemuncak Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-16.

Anwar turut menyentuh tentang kerjasama pemimpin negara Asean dalam membuat keputusan kolektif tanpa menjejaskan kepentingan negara masing-masing.

“….kemudian kita kena putuskan tentang persefahaman dalam menghadapi tarif Presiden Trump (Presiden Amerika Syarikat Donald Trump). Setiap negara ada strategi masing-masing yang akan ada hubungan dua hala. Tetapi kita juga nak pertahankan kepentingan lebih 650 juta populasi negara Asean.

“…dan jangan ada satu keputusan dibuat oleh Malaysia merugikan negara lain, atau yang dibuat oleh Vietnam (sebagai contoh) merugikan negara lain. Kita kerja sebagai pasukan,” katanya.

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” menganjurkan Sidang Kemuncak Asean ke-46, menandakan kali kelima negara memegang jawatan pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
6 jam lalu· Politik
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
16 jam lalu· Politik
RM50 juta disalur perkasa TVET 2.0: Anwar
20 jam lalu· Isu semasa
Tuanku Muhriz masih sah sebagai Yang di-Pertuan Besar: PMX
June 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
14 jam lalu · Isu semasa
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
16 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
19 jam lalu · Isu semasa
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
20 jam lalu · Isu semasa
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
June 5, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok